Pernah tak korang jumpa kucing, nak bagi makan tapi stok makanan kucing dah habis atau tak cukup?
Kadang tu rasa macam sempit sangat, dompet tinggal berapa ringgit je, macam tak cukup nak sampai hari gaji semula.
Tapi tiba², ada kawan belanja makan. Ada yang jemput makan kenduri, ada yang buat makan² kat tempat kerja. Macam kebetulan sangat kan?
Percaya atau tak, bila kita selalu bersedekah dan berkongsi rezeki dengan makhluk Tuhan yang lain, rezeki kita akan jadi semakin murah. Rezeki itu bukan dalam bentuk wang ringgit saja, kadangkala dari bentuk yang tak pernah kita duga.
Agama apa sekali pun yang kita anuti, berbuat baik kepada semua makhluk tu pasti ada hikmah nya.
Selamat hari Isnin!