Selamat pagi. Anak-anak bulus komuniti sudah diberi makan pagi ini? Jika anda memberi mereka makan, jadi lah pemberi makanan yg berhemah dengan membersihkan semula tempat mereka makan dan juga memandulkan mereka bagi mengurangkan populasi kucing di kawasan tersebut.
Kucing feral/liar memerlukan lebih banyak masa untuk didekati. Bila kita memberi mereka makan, anda boleh bersembang dengan mereka dari jauh dahulu supaya mereka kenal suara anda. Lama kelamaan, bila kucing tersebut dah memberi kepercayaan untuk didekati, kita boleh lah memandulkan mereka.