Okay mitos dan fakta yang kami nak kongsi hari ni adalahhhhhhhh kepercayaan masyarakat setempat.
Mitos: Di nusantara, sekiranya kucing hitam melompat melangkau mayat, mayat tersebut akan bangun semua. Ini agak menakutkan dan menjadikan kucing hotam sasaran kekejaman haiwan. Di sesetengah negara Eropah ada kepercayaan jika kucing hitam melompat orang yang sedang sakit, orang tersebut akan menemui ajalnya.
Fakta: Kucing hitam tidak mengatur ajal dan maut seseorang manusia. Jadi usah takut untuk membela atau tidur dengan kucing hitam! Kucing hitam atau tidak hitam, mereka adalah anti-depressant yang paling mujarab. Mereka mampu menyerap aura negatif menjadikan hidup kita lebih ceria terutama sekali jika kucing tersebut jenis yang aktif sentiasa berguling guling ke sana ke mari.