Haa okay hari ni nak cerita pasal mitos dan fakta kenapa kucing hitam sukar di-adopt dan adakalanya sukar mendapat pelepasan untuk di-adopt.
Mitos: Kucing hitam diperlukan dalam ritual ritual tertentu untuk menunaikan hajat sebagai bahan korban.
Fakta: Kalau kita berhajatkan sesuatu, bahan yang diperlukan adalah usaha serta jangan putus asa. Bukan dengan mengorbankan kucing hitam. That is so sad. Dalam bulan bulan tertentu di sesetengah negara, pihak shelter tidak membenarkan kucing hitam di-adopt bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Kasihankan? Sudahlah susah untuk mendapat penjaga, mereka juga perlu menghadapi masa sukar sebegini saban tahun. 😭
Okay mulai sekarang, mari kita sama sama educate anak anak sertaa orang ramai, okay jer bela kucing hitam. Kucing hitam ker, tak hitam ker mereka adalah haiwan kegembiraan kita!