Kucing yang biasa dibela di dalam rumah atau mempunyai tuan tidak pandai mencari makanan sendiri kerana sudah biasa disediakan semuanya.
Di kawasan yang baru, semuanya asing bagi mereka. Mereka akan menjadi clueless dengan manusia sekeliling. Ada yang menjadi takut dan tidak makan sehingga berhari hari. Bayangkan kalau ada jenis kucing yang picky (memilih makanan).
Kesudahannya mereka akan kurus, compromised immune system dan akhirnya mati.
Kita mungkin berpendapat kalau dah lapar mereka akan makan. Tidak seperti anjing, kucing boleh mogok lapar dan enggan makan.
Jadi mari kita fikirkan adakah wajar membuang mereka yang suatu masa dahulu pernah menghuni rumah dan hati kita??