Kalau di pasar atau kedai makan, kita rasa ada banyak makanan yang available. Betul ker? Kena ingat bukan semua orang suka kan kucing. Rata rata kucing akan dihalau, ditendang atau disiram air panas apabila cuba mendapatkan makanan.
Manusia dengan kepelbagaian sifat tamak tidak akan mahu berkongsi dengan haiwan jalanan. Mari buka mata besar-besar di kedai makan, biasanya kucing akan pergi dari satu meja ke meja yang lain mengemis makanan. Ada hari untung dapatlah makanan. Selebihnya sepakan yang singgah dibadan.
Makanan yang dicampak pulak perlu dikongsi dengan rakan kucing jalanan yang lain. Yang kuat akan dapat makan dan lebih menakutkan bila ada pergaduhan.
Wajarkah kita membuang kucing-kucing ini, dengan anggapan kedai makanan atau pasar boleh menyediakan makanan?