Kepayahan 3.
Ibu kucing yang mempunyai anak. Mereka lebih susah bila dibuang di pasar dan kedai makan. Ada banyak pergerakan kereta serta manusia yang boleh menyebabkan anak anak kucing ini tadi terpijak oleh manusia ataupun sengaja dipijak oleh manusia. Ada manusia yang berbaik hati akan meletakkan anak anak kucing ini di tempat yang selamat sehinggalah ibu mereka pulang.
Ibu kucing yang menyusu memerlukan lebih banyak protein untuk menghasilkan susu. Sekiranya mereka tidak mendapatkan zat yang cukup untuk diri ada besar kemungkinan anak anak kucing ini akan ditinggalkan oleh ibu kucing. Alangkah baiknya kalau kita neuter kucing betina supaya mereka tidak perlu menjalani kesusahan sebegini.
Pasar, walaupun berbumbung kelazimannya basah dan becak. Ada banyak penyakit yang boleh menjangkiti anak kucing dalam environment sebegini. Peratusan untuk anak kucing membesar dengan sihat adalah sangat tipis.
Jadi, ambil peduli tentang pemandulan kucing/anjing. Jangan biarkan anak anak kucing ini menjadi mangsa keangkuhan kita.