Posing baikkk punya. Comel.. Tapi pasti kah kita kucing ni tak terseksa, cukup makan, sihat, di luar sana tu?
Tengok keadaan badan pun dah tau anak kucing ni kecacingan.
Badan kurus tapi perut buncit.
Belum kira kalau datang musim selsema + sakit mata (memang akan pakej) .
Nampak remeh, macam "alah.. Selsema je" tapi tahu x, dari selsema tu lah boleh bawak ke mati untuk anak kucing macam ni?
Macam mana kita nak bantu kucing² begini?
Mula kan dengan mandulkan kucing di rumah. Bila kucing di rumah tak membiak dengan jayanya, kita akan ada ruang untuk selamatkan kucing yang lebih memerlukan.
Kita bantu kurang kan risiko penyakit pada kucing kita sendiri juga.
Pilihan di tangan anda.