Go





View By Date
 All Dates
 2025 (253)

        January (253)

2024 (5159)

2023 (5477)

2022 (5815)



Search Blogs

Enter one or more keywords to search our article database:





Submit A Blog


Know of any good animal welfare or pet rescuer blogs?

Please share with us so our community can benefit from it!


<< Return To News & Blogs


Friday, 2nd Nov 2018, by Langkawi Animal Shelter & Sanctuary Foundation

Visit Website    |    View Original Article

 Share |  Facebook  Twitter  Blogger



KEPENTINGAN BERMAIN DENGAN SI COMEL ANDA ( THE IMPORTANCE OF PLAYING WITH YOUR PET CAT)

Sifat semulajadi kucing yang mempunyai naluri ingin tahu dan suka bermain merupakan antara faktor mengapa manusia menyukai kucing. Pemilik yang mempunyai beberapa ekor kucing akan berasa terhibur apabila melihat kucing-kucingnya saling berkejaran, menghendap dan bergurau sesama sendiri. Aktiviti bermain memperkukuhkan koordinasi anggota badannya, menyelidik persekitaran dan mempelajari kelakuan kucing dewasa. Aktiviti bermain pada kucing dewasa pula merupakan aktiviti untuk menggunakan tenaganya dan mengekal sifat semulajadinya.

Anak kucing akan mula bermain sebaik sahaja ia membuka matanya iaitu sekitar 10-14 hari. Permulaannya, aktiviti ini terdiri daripa menghendap (stalk), cubaan untuk menerkam (pounce) dan berguling (roll) di mana ianya akan diserta dengan menggigit, menampar dan mencara secara olok-olok. Apabila ia berumur 8 minggu, minat mereka terhadap barang permainan akan meningkat, Ia akan mengejar dan menerkam apa sahaj objek bergerak yang di lihatnya. Aktiviti-aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran memburu iaitu menghendap, mengejar, menerkam dan "membunuh" mangsa. Oleh itu, sebagai pemilik, anda hendaklah membantu memupuk kemahiran ini dengan selalu bermain dengan sicomel anda. Kucing yang kurang bermain akan menjadi kucing yang malas dan menyebabkan obesiti yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Antara alat permainan yang selalu menarik perhatian sicomel ialah tali, bola berloceng dan anak patung kecil yang lembut. Terdapat pelbagai jenis alat permainan kucing yang dijual di gedung membeli belah, kedai haiwan peliharaan ataupun anda boleh membuatnya sendiri mengikut kreativiti anda. Bagaimana pun anda hendaklah berhati-hati dalam memilih alat permainan yang sesuai dan selamat. Pilih alat permainan yang kukuh dan kemas buatannya, pastikan tiada benang, kepingan plastik atau butang kecil yang mudah tertanggal kerana sicomel mungkin akan menelan objek-objek ini secara tidak sengaja. Beg plastik yang diletakkan merata-rata juga boleh menjadi punca kematian kucing anda jika ia tercekik dan sesak nafas.

Sejak kebelakangan ini ramai pemilik kucing yang tinggal di rumah yang mempunyai laman yang terhad ataupun tinggal di bangunan pangsapuri dipelihara di dalam rumah (indoor) dan tidak dibenarkan keluar atas faktor kawasan yang terhad dan juga faktor keselamatan. Anda juga boleh menyediakan satu ruang kecil untuk sicomel anda bermain. Jika anda mempunyai bilik atau stor kecil yang tidak digunakan, ia boleh dijadikan bilik permainan bagi sicomel anda. Anda boleh meletakkan pelbagai alat permainan sama ada dibeli atau dibina sendiri (mengikut kreativiti), contohnya binaan dari papan atau kotak yang bertingkat dilengkapi tempat untuk mencakar dan tali-tali.

View Complete Story >>


More Articles By Langkawi Animal Shelter & Sanctuary Foundation

Newer Post:Ray Charles, A Blind Cat At Our Shelter Was Adopte..
Older Post:This Dog Was Named Monkey And Was Flown To Scotlan..
Latest Post:Volunteers Are Welcome Every Day At 10.30am Just T..

<< Return To News & Blogs



Latest Comments (0)
There are currently no comments available



Want to comment on this blog post? Sign up to PetFinder now or login at the top to join the discussion!




Main Site
Home
Advertising
Donate
Sponsor Pets
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Report Animal Abuse
Privacy Policy
Contact Us
Features
Mobile App
PetGPT AI Writer
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Shopee & Lazada Stores
Pet Food, Toys & Products
Royal Canin Club Offers
Royal Canin Education
Freebies / Starter Pack
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
Artificial Intelligence
Kaggle: Adoption Prediction
Kaggle: Pawpularity Contest
Cuteness Meter
AI Task Force

Social Media
Facebook
Instagram
YouTube

Mobile
iPhone & iPod App
Android App
Huawei AppGallery App
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
Gadhimai: Ending Mass Slaughter
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my, 2008 - 2025. All rights reserved.