Segalanya Mungkin Lukisan Dinding Ini Adalah Hasil..
Tweet |
Segalanya mungkin! Lukisan dinding ini adalah hasil kerjasama kakitangan WWF-Malaysia bersama guru serta pelajar Chung Hua Middle School No. 3 di Kuching baru-baru ini.
Lukisan yang dipilih ialah burung enggang yang mana ia merupakan sasaran program pemuliharaan spesis di Sarawak. Terdapat lapan spesis burung enggang di Sarawak dan ia merupakan spesis terancam dan dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Lukisan dinding ini dilakukan bagi menanam sifat cintakan alam semula jadi dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa di sekolah di samping mewujudkan suasana kehijauan di sekitar sekolah. Marilah kita semua bersama-sama melindungi burung ini kerana kita percaya segalanya mungkin berubah dengan hanya satu matlamat – melindungi semua hidupan liar.
#muralart #muralartist #awesome #hornbill #enggang #burungenggang #hidupanliar #conservewildlife #environementalprotection #rainforest #wwfmy #sarawak #kuching #togetherpossible #newdealfornature
Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1015876..
Tweet |
Facebook Comments