Photos From WWF-Malaysia's Post
Tweet | ![]() |
Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dalam minggu pertama April 2019 dengan tiga objektif utama:
1. Menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan agenda STEM negara
2. Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains
3. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan seharian.
WWF-Malaysia sebagai rakan strategik dalam MSN 2019 telah berkumpul bersama komuniti dari Kg Permaisuri, Kg Banggol, Kg Beris Tok Ku dan Kg Penarik dalam program Jom Care Sunga Kita (Jom Jaga Sungai Kita) yang melibatkan taklimat ringkas dan amali kaedah pengasingan sisa pepejal, kitar tinggi (upcycling), pengomposan dan berjalan meniti sungai di Kg Nyatoh, Setiu.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pengurusan sisa pepejal oleh WWF-Malaysia di Tanah Bencah Setiu.
#SetiuWetlands
#GanuKite
#Terengganu
#Connect2Earth
#NatureMatters
#TogetherPossible
#BeyondTheHour
#MingguSainsNegara
Kredit gambar:
© WWF-Malaysia/Muhammad Syafuan Ismail
© WWF-Malaysia/Ooi Xin Wei
Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.10157020072438242/10..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments