Go

Photos From WWF-Malaysia's Post

 




Sekalung tahniah kami ucapkan kepada para wirawati alam sekitar dari Kumpulan Perkembangan Wanita (KPW) Kampung Beris Tok Ku (Kercut Beris To Ku) di atas pelancaran pusat maklumat mereka! Pusat maklumat ini terletak di #Setiu dan berfungsi menjadi pusat sehenti untuk pakej-pakej yang ditawarkan oleh KPW kepada para pengendali pelancongan dan pengamal media.

WWF-Malaysia telah menyokong KPW dalam usaha mempelbagaikan produk kraftangan berasaskan tumbuhan kawasan tanah lembap yang dinamakan kercut sejak 2015. Hasil sokongan teknikal dari pasukan air tawar kami di Setiu, pihak KPW berjaya mendapatkan dana “The GEF Small Grants Programme” dari United Nations Development Programme – UNDP untuk membina pusat informasi ini.

Semoga para wirawati KPW kekal berjuang untuk memartabatkan produk kraftangan mereka dan menyokong usaha pemuliharaan alam di Setiu.

#EarthHour kembali lagi! Untuk kali ini, Earth Hour 2019 akan menampilkan usaha pemuliharaan air tawar di Malaysia. Layari https://bit.ly/2Cw1c7x dan ikuti acara-acara Earth Hour di Pulau Pinang and Kedah pada 30 Mac 2019; atau kongsikan acara Earth Hour yang anda anjurkan.

#Connect2Earth #MYCleanWaterCleanAir #WetlandsAreNotWastelands #SetiuWetlands #GanuKite

© WWF-Malaysia/Muhammad Syafuan Ismail

© WWF-Malaysia/Chik Maslinda Omar

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.10157020072438242/10..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.