Photos From WWF-Malaysia's Post
Tweet |
Program Pemeliharaan WWF-Malaysia Sarawak baru-baru ini mengadakan tinjauan persepsi untuk memahami pandangan masyarakat terhadap ekosistem bakau, ikan lumba-lumba Irrawaddy dan perikanan di kawasan delta Rajang-Belawai-Paloh dari 3 hingga 6 Julai 2018.
Data yang dikumpulkan adalah sebahagian daripada projek penyelidikan berasaskan tinjauan yang dijalankan oleh WWF-Malaysia dengan kerjasama Bahagian Perikanan Darat Jabatan Pertanian, Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak.
Projek ini disokong oleh Nagao Wetlands Fund, RAMSAR. Ia adalah minggu yang hebat bagi semua yang bertugas sebagai pembanci dan penduduk kampung di mana dua-dua pihak belajar lebih banyak daripada satu sama lain tentang pentingnya bakau dan kesan negatif kepada ekosistem sungai dan laut jika kehilangan hutan bakau kita.
#peliharalahpayabakauanda #komunitidanalamsekitar #sayangilahikanlumbalumbairrawaddy
Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241.151903…
Tweet |
Facebook Comments