Go

<< Return To News & Blogs


Friday, 26th May 2017, by AnimalCare

View Pets For Adoption    |    Visit Website    |    View Original Article

 Share |  Facebook  Twitter  Blogger

We have sponsored RM180 for the neutering of these 3 cats.

From: ibrahim saifuddin
Date: 2017-05-25 11:57 GMT+08:00
Subject: Permohonan Dana Untuk Mandulkan Kucing
To: “chankahyein@gmail.com” <chankahyein@gmail.com>

Salam Sejahtera Dr Chan,

Saya amat berbesar hati sekiranya permohonan dana saya diluluskan.
Saya memang seorang pencinta kucing, saya mempunyai 18 ekor kucing yang kebanyakannya saya selamatkan di tepi jalan, kedai-kedai makan dan di bawah blok kediaman saya. Daripada 18 ekor kucing tersebut, 12 ekor adalah betina dan selebihnya adalah jantan. Kesemua kucing jantan telahpun saya mandulkan. Sekarang hanya tinggal kucing-kucing betina sahaja. Saya mendapat tahu kerajaan Selangor ada menyediakan dana untuk mandulkan kucing-kucing jalanan tetapi syarat utama pemohon mestilah lahir dinegeri Selangor. Saya tidak layak kerana saya lahir di Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Bandar Sri Damansara.
Memelihara kucing sebanyak 18 ekor memerlukan belanja yang agak besar. Walaubagaimanapun saya tetap cuba memberikan yang terbaik untuk kucing-kucing saya. Saya tidak berhasrat untuk melepaskan kucing-kucing ini semula ditempat asal, sebaliknya saya ingin menjaga selagi saya mampu. Masalah utama yang saya hadapi sekarang ialah ketika tiba musim mengawan. Memandangkan saya tinggal di rumah pangsa, kucing-kucing betina akan mengeluarkan bunyi yang kuat untuk memanggil kucing-kucing jantan. Untuk pengetahuan Doktor, kucing-kucing saya memang 24 jam berada di dalam rumah. Ini menimbulkan kemarahan kepada jiran-jiran saya apabila kucing-kucing betina mengeluarkan bunyi bising. Saya pernah diugut untuk dilaporkan kepada pihak pengurusan pangsapuri, tetapi saya minta diberi tempoh untuk menyelesaikan masalah ini. Memandangkan kos untuk memandulkan kucing agak tinggi, saya terpaksa menangguhkannya, sehinggalah saya diberitahu mengenai dana ini. Sebab itu saya berharap sangat permohonan saya diluluskan. Untuk permulaan saya cuma mampu untuk mandulkan 3 ekor kucing betina dahulu dan selebihnya akan saya buat sekiranya simpanan saya mencukupi.
Kucing Pertama: Tammy (anggaran umur 2 tahun)
Tammy di selamatkan ketika masih kecil di tepi jalan berdekatan dengan stesen minyak shell menuju sungai buloh. Ketika dijumpai, Tammy ditinggalkan bersama seekor lagi adiknya (jantan – sekarang sudah dimandulkan). Tammy mempunyai 2 ekor anak (jantan dan betina), saya bercadang untuk mandulkan anak Tammy selepas duit simpanan mencukupi.
Kucing Kedua: Musang (anggaran umur setahun)
Diberi Nama Musang kerana mukanya yg lonjong. Musang diselamatkan di Komplek Sukan Titiwangsa. Ketika itu saya bermain bola tampar, dan sebelum balik saya terjumpa dia di tempat meletak kenderaan sambil mengeow kelaparan. Saya tidak sampai hati meninggalkan dia dan terus membawanya balik kerumah.
Kucing Ketiga: Kakak (anggaran umur setahun)
Diselamatkan di Medan Selera Uptown, juga diselamatkan ketika masih kecil. Badan kurus kering dan telinga dipenuhi kurap. Saya nekad mengambilnya kerana tidak sampai hati melihat keadaannya ketika itu.
Ketiga-tiga kucing ini akan terus saya jaga selepas dimandulkan.
Seperti yang saya beritahu tadi, saya akan terus memandulkan kucing-kucing saya yang lain selepas duit simpanan saya mencukupi dan masih memerlukan bantuan dana untuk membiayai separuh dari kos pemandulan itu nanti.
Saya teramat sayangkan kucing-kucing saya, bagi saya merekalah anak-anak saya. Saya tidak dapat bayangkan sekiranya mereka dipisahkan dengan saya sekiranya jiran-jiran melapurkan kepada pihak pengurusan pangsapuri.
Saya sertakan bersama gambar kucing-kucing saya (sebelum dan selepas) dan borangnya saya akan poskan melalui pos laju.
Sekali lagi saya sangat-sangat berharap permohonan saya diluluskan.
Terima Kasih
Saifuddin Bin Ibrahim
Bandar Sri Damansara



More Articles By AnimalCare

Newer Post:Neutering Aid For 1 Cat In Jenjarom (Hoong Pei Yin’s)
Older Post:Neutering Aid For 5 Cats In Shah Alam (Yvonne Ng Siew Eng’..
Latest Post:Neutering Aid For 1 Cat In Batu Caves, KL (Syazwani Syarah B..

<< Return To News & Blogs



Latest Comments (0)
There are currently no comments available



Want to comment on this blog post? Sign up to PetFinder now or login at the top to join the discussion!




Main Site
Home
Advertising
Donate
Sponsor Pets
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Report Animal Abuse
Privacy Policy
Contact Us
Features
Mobile App
PetGPT AI Writer
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Shopee & Lazada Stores
Pet Food, Toys & Products
Royal Canin Club Offers
Royal Canin Education
Freebies / Starter Pack
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
Artificial Intelligence
Kaggle: Adoption Prediction
Kaggle: Pawpularity Contest
Cuteness Meter
AI Task Force

Social Media
Facebook
Instagram
YouTube

Mobile
iPhone & iPod App
Android App
Huawei AppGallery App
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
Gadhimai: Ending Mass Slaughter
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my, 2008 - 2025. All rights reserved.