Neutering Aid For 1 Cat In Sentul (Suhanizah Bt Zohanis)
Tweet |
We have sponsored RM60 for the spaying of this cat.
From: zsuhanizah
Date: 2017-03-23 12:46 GMT+08:00
Subject: Subsidi Pemandulan
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>
Selamat Sejahtera Dr Chan,
Saya Suhanizah dari Sentul. Gambar yang disertakan sekali adalah Bebot, betina berusia lingkungan 1 tahun.
Bebot dijumpai jatuh dari tingkat 5 bangunan dalam 5 bulan lepas. Saksi meminta saya merawat, katanya pada mulanya, dia terdengar Bebot bising di tingkat 5 seakan bergaduh. 15 minit kemudian, saksi yg sama berada di ground floor ternampak dia terlantar tidak bergerak. Jadi, dia yakin Bebot terjatuh dari tingkat tersebut. Akibat dari insiden tersebut, Bebot lumpuh.

Sebelum bawa ke klinik ini, saya telah bertanya kepada dua klinik lain untuk pemandulannya, tetapi dua doktor tersebut tidak mahu ambil risiko kerana Bebot lumpuh, dan keduanya meminta melalui proses x-ray. Akhirnya, saya terpaksa membawa ke Klinik ini untuk dia divaksin dan dimandulkan.
Bebot akan terus saya bela memandangkan dia perlu dipakaikan lampin pakai buang selalu. Harap permohonan subsidi ini diterima.
Terima kasih Dr Chan.
Suhanizah
Source: https://myanimalcare.org/2017/03/24/neutering-aid-for-1-cat-..
Tweet |
Facebook Comments