Neutering Aid For 1 Cat In Klang (Yanti Bt Mohd Sideks)
Tweet | ![]() |
We have fully sponsored RM80 for the castration of Jebat. These funds are contributed by Uniqso Holdings Sdn Bhd.
From: Yanti Mohd sidek
Date: 2016-08-15 12:11 GMT+08:00
Subject: MEMOHON SUBSIDI PEMANDULAN UNTUK JEBAT
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>
Hi Dr. Chan,
Saya Yanti Binti Mohd Sidek dari Klang, Selangor ingin memohon bantuan subsidi pemandulan dari pihak Animalcare untuk seekor stray cat yang saya jumpa berkeliaran di kawasan perumahan yg sy duduki 4 bulan lepas.
Saya namakan dia Jebat. Jebat kucing jantan. Jebat berlegar – legar dikawasan rumah saya sewaktu usianya dalam lingkungan 2/3 bulan. Saya sering melihat jiran memukul dengan penyapu & menyiramnya menggunakan air dan menghalau Jebat bila Jebat minta makan kepada mereka atau lalu di hadapan rumah mereka. Jebatjuga sering di kejar dan ditakut-takutkan oleh kanak-kanak nakal di kawasan perumahan ini. Sekarang Jebat takut untuk jumpa orang yang tidak di kenali.
Saya membuat keputusan untuk meletakkannya di dalam sangkar di hadapan rumah saya agar dia lebih selamat. Kini Jebat semakin meningkat dewasa dan sudah mula beri tanda ingin mengawan. Saya sudah mandulkan Jebat pada minggu lepas (12/08/2016) di klinik di Klang kerana Jebat sudah membuat bising kerana ingin mengawan. Memandangkan saya ialah suri rumah sepenuh masa serta suami hanya bekerja kilang, saya ingin memohon dana pemandulan dari pihak Animalcare untuk Jebat.
Selepas ini, Jebat akan saya pelihara. Saya sertakan gambar Jebat sewaktu saya jumpa dan sekarang serta gambar Jebat sebelum mandul dan selepas mandul.
![unnamed (1)](https://i0.wp.com/myanimalcare.org/wp-content/uploads/2016/08/unnamed-1.jpg?resize=640,640&ssl=1)
![unnamed](https://i0.wp.com/myanimalcare.org/wp-content/uploads/2016/08/unnamed.jpg?resize=640,640&ssl=1)
Source: https://myanimalcare.org/2016/08/17/neutering-aid-for-1-cat-..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments