Neutering Aid For 1 Cat In Klang (Nur Azleen Bt Jamaluddins)
Tweet |
We have fully sponsored RM90 for the spaying of Cici.
From: NUR AZLEEN JAMALUDDIN
Date: 2016-01-21 22:54 GMT+08:00
Subject: PERMOHONAN SUBSIDI PEMANDULAN KUCING TERBIAR
To: “chankahyein@gmail.com” <chankahyein@gmail.com>
Salam sejahtera Dr. Chan Kah Yein dan My Animal Care,
Saya Nur Azleen Jamaluddin dari Klang, Selangor ingin memohon subsidi pemandulan MyAnimal Care.
Kucing betina yang terbiar ini di beri nama Cici dan berumur lebih kurang 2 tahun. Saya menjumpai Cici di Klang pada waktu malam November, 2015. Cici telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika dia sedang tidur dibawah kereta tersebut. Pemandu kereta tersebut tidak menyedari akan Cici dan terus beredar. Saya yang kebetulan berada tidak jauh dari situ, terdengar Cici menjerit dan berjalan terjengket jengket dan terbaring menahan kesakitan namun bernasib baik kerana setelah saya memeriksa Cici, Cici tidak lumpuh, patah atau cedera dalaman. Saya lihat Cici amat kurus, dan kelihatan lapar. Saya membuat keputusan untuk membawa Cici pulang memandangkan kawasan tersebut bahaya kerana terdapat banyak kereta yang dipandu.
Saya membuat permohonan subsidi pemandulan ini kerana saya hanya bekerja sendiri dan tiada pendapatan yang tetap. Saya telah ke Klinik Kembiri SPCA di Ampang untuk memandulkan Cici pada 17 Januari, 2016. Saya amat berharap MyAnimal Care dapat mempertimbangkan permohonan subsidi pemandulan Cici. Saya sertakan bersama gambar Cici sebelum dan selepas pemandulan dibuat.
Terima kasih Dr. Chan & My Animal Care.
|
Source: http://myanimalcare.org/2016/01/26/neutering-aid-for-1-cat-i..
Tweet |
Facebook Comments