Neutering Aid For 1 Cat In Seremban (Nooriah Bt Hamzahs)
Tweet |
We have sponsored RM100 for the castration of Abg Teja.
From: Nooriah Hamzah
Date: 2015-09-23 12:07 GMT+08:00
Subject: PERMOHONAN SUBSIDI PEMANDULAN ABG TEJA
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>
Salam sejahtera Dr Chan,
Diharapkan Dr berada dlm keadaan sihat sejahtera.
Saya ingin memohon subsidi pemandulan utk Abg Teja, kucing jalanan yang selalu tumpang makan di rumah kami sejak 2-3 bulan yg lepas. Dlm 2 minggu yg lepas didapati testis beliau membengkak, dan nampak beliau tidak selesa. Setelah seminggu memerhati perkembangan Abg Teja, nampaknya bengkak tidak surut.
Saya bersama anak bawa beliau ke vet dan vet memaklumkan ada kesan luka di testis beliau dan menyebabkan tisu terkeluar dan membengkak seperti di gambar. Jadi vet buang tisu yang terkeluar seterusnya memandulkan beliau. Luka surgery Abg Teja juga telah kering, kami ambil keputusan boarding beliau selama seminggu di vet memandangkan beliau agresif apabila dikurung di rumah (sebelum bawa ke vet).
Buat masa ini kami bercadang utk terus memberi makan/menjaga Abg Teja kerana beliau telah biasa merayau di sekitar rumah kami. Resit dan gambar adalah seperti di lampiran, saya mohon maaf mengenai gambar Abg Teja. Ia adalah gambar terbaik yang mampu diambil memandangkan beliau agak agresif dgn kami.
Terima kasih Dr Chan.
Regards,
Nooriah Hamzah
Source: http://myanimalcare.org/2015/09/29/neutering-aid-for-1-cat-i..
Tweet |
Facebook Comments