Go

Spaying Sponsorship For 1 Cat (Noorashima Bt Alias)

 


We have fully sponsored RM100 for the spaying of Kak Chik (on heat).

From: Noorashima Alias
Date: 2015-05-07 17:54 GMT+08:00
Subject: Re-SEND : Permohonan Subsidi Haiwan – Kucing Betina (Ibu-Kak Chik)
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

Selamat Petang Dr. Chan.
Nama saya Noorashima Binti Alias. Saya jumpa kucing (betina) saya pada 30-10-2014 dihadapan pasaraya Eon Big Kota Damansara. Pada ketika itu kucing betina ini dalam keadaan susu badan yang membengkak dan kakinya patah mungkin akibat daripada dilanggar oleh sebuah kereta alza yang kebetulan membelok dikawasan tersebut. Saya ambil dan bawa pulang. Saya bawa ke veterinar kerejaan di Damansara damai dan kucing itu dirawat. Dibekalkn ubat susut bengkak susu dan doktor menyarankan saya untuk mngeluarkan sendiri susu yang berlebihan bagi mengurangkan bengkak tersebut. Dan kakinya diurut secara perlahan. Dan ia telah pulih. Saya tidak tahu kucing tersebut mengandung. Kini, kucing tersebut berjumlah 4 ekor termasuk ibunya. Seekor kucing dewasa (betina), 3 ekor anak kucing berumur 5 bulan (2 betina, seekor jantan). Masalah yang saya hadapi ialah saya tidak mempunyai modal untuk mengembirikan kucing-kucing tersebut. Saya mampu berikan mkan dan minum serta tempat berlindung sahaja..Saya tidak tahu mahu minta tolong kepada sesiapa. Saya mahu bela mereka dengan syarat yang ditetapkan oleh ibu saya, ibu kucing tersebut tidak mengandung lagi. Jika bertambah, saya tidak mampu. Ibu saya sudah berkali-kali menyuruh saya membuang mereka tapi saya tidak mahu. Untuk permulaan, saya telah berjaya memandulkan seekor (ibu kucing) kucing saya pada 2hb Mei 2015 di DBKL-SPCA Klinik Kembiri. Saya akan memandulkan lagi 3 ekor anaknya secara berperingkat. Dan saya akan membela mereka setelah dimandulkan. Untuk makluman Dr. Chan, saya telah mengepos borang subsidi beserta resit yang memaparkan jumlah yang telah dikenakan oleh pihak DBKL iaitu berjumlah RM100 sahaja menggunakan perkhidmatan pos laju. Kini, saya emailkan gambar-gambar sebelum dan selepas prosedur pemandulan dilakukan. Jika gambar tersebut tidak menepati syarat yang dinyatakan, saya meminta jasa baik Dr. Chan untuk memaklumkan segera kepada saya. Segala jasa baik Dr. Chan dan Animalcare Society amat saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Noorashima binti Alias
From: Noorashima Alias
Date: 2015-05-08 10:06 GMT+08:00
Subject: Re: Sila balas secepat mungkin Re: Re-SEND : Permohonan Subsidi Haiwan – Kucing Betina (Ibu-Kak Chik)
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

Selamat pagi Dr. Chan.

Berkaitan bayaran yang telah dikenakan RM100 oleh klinik kembiri ke atas kucing saya adaah disebabkan oleh kucing saya dalam keadaan ‘on heat’. Bersama-sama ini saya lampirkan ‘screenshoot’ perbualan saya bersama CiK Pricilla menggunakan aplikasi ‘whatsapp’.



Source: http://myanimalcare.org/2015/05/09/spaying-sponsorship-for-1..



 

avatar

AnimalCare

AnimalCare is a registered society that promotes caregiving to street animals and helps in their neutering and medical needs. AnimalCare has a Medical Fund, Food Fund and Education Fund.

More Articles   |   Pets For Adoption   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.