Berhakkah Kita Mengakhiri Nyawa Haiwan Dengan Tangan Kita Sendiri?
Tweet | ![]() |
Beberapa bulan yang lalu, seorang teman sekerja melihat sendiri di hadapan matanya seekor kucing dilanggar kereta. Dan bagi ‘menyelamat’kan kucing tersebut daripada kesakitan dan kesengsaraan, beliau telah melanggar kucing itu dengan keretanya sendiri sehingga kucing itu mati.
Alasannya, ” I want to end the cat’s suffering”.
Apa pendapat anda tentang ini? Adakah kita yang bukan doktor haiwan bertauliah ini berhak mencabut nyawa yang bukan milik kita? Adakah kita berhak menghentikan kesakitan penderitaan dan kesakitan makhluk lain tanpa kita cuba merawatnya atau sekurang-kurangnya bawa ia ke doktor haiwan bertauliah yang boleh mengesahkan haiwan tersebut memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi?
Fikir-fikirkan…
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/12/berhakkah-kita-mengakhiri-nyawa-haiwan.html
Tweet |
![]() |
Facebook Comments