Subsidi Pemandulan Oktober 2012
Tweet |
Berikut adalah senarai pemohon yang telah menerima Subsidi Pemandulan Kucing daripada Dana SCRATCH untuk sepanjang bulan Oktober 2012.
Kucing-kucing ini telah dimandulkan di klinik haiwan pilihan pemohon. Subsidi disalurkan ke akaun pemohon selepas kami menerima resit, borang permohonan dan gambar-gambar bukti pemandulan.
1) Nuaim bin Adenar – 2 ekor kucing betina daripada 9 ekor kucing yang beliau pelihara. Pemberian subsidi atas dasar menggalakkan pemandulan kucing peliharaan, terutama di kawasan yang kos pemandulan adalah agak tinggi.
2) Nur Farazatul Akmar – 1 ekor kucing betina yang beliau adopt daripada Balai Panjang, Melaka (kucing jalanan yang diberi makan oleh Mendiang Ms Tang).
3) Emilia Abu Bakar – 1 ekor kucing betina di kawasan rumah.
* magda’s photos to be uploaded soon*
Dana yang diberikan adalah hasil sumbangan orang ramai dan jualan amal yang kami anjurkan. Sekiranya anda ingin menderma ke Dana SCRATCH atau memohon Subsidi Pemandulan, sila rujuk polisi dan syarat-syarat permohonan DI SINI, dan emailkan kepada ktaj0311@gmail.com.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/12/subsidi-pemandulan-oktober-2012_18.html
Tweet |
Facebook Comments