Go

Subsidi Pemandulan September 2012

 


Berikut adalah senarai pemohon yang telah menerima Subsidi Pemandulan Kucing daripada Dana SCRATCH untuk sepanjang bulan September 2012.

Kucing-kucing ini telah dimandulkan di klinik haiwan pilihan pemohon. Subsidi disalurkan ke akaun pemohon selepas kami menerima resit, borang permohonan dan gambar-gambar bukti pemandulan.

1) Nor Masdiana Said - 2 ekor kucing betina di kampus USM Pulau Pinang




2) Aimy Rashid – 1 ekor kucing jantan luka di kaki yang dirawat dan dilepaskan semula ke koloni asal. 




3) Sara Fadillah Zakaria – 1 ekor kucing betina yang ditemui pada Julai 2012 di kawasan kilang dan terikat dalam guni bersama 2 ekor anaknya, berkemungkinan untuk dibuang. 

Permohonan Sara diluluskan kerana beliau mempunyai 26 ekor kucing peliharaan dan hanya 8 ekor lagi yang perlu dimandulkan. 




4) Nur Intan Baizura Binti Hanafiah – 2 ekor kucing betina daripada 6 ekor kucing peliharaan beliau yang kerap beranak. Subsidi diberikan atas dasar ihsan bagi golongan yang berpendapatan rendah dan menggalakkan kempen pemandulan haiwan peliharaan. 




5) Emilia Abu Bakar - 1 ekor kucing jantan di kawasan rumah. 




6) Nurshahadah Rusli – 1 ekor kucing betina di gerai makan ibu beliau. 




7) Kucing-kucing milik Mendiang Ms Tang (feeder kucing jalanan yang mati diragut ketika dalam perjalanan memberi makan kucing-kucing jalanan di Balai Panjang, Melaka) – 2 ekor jantan dan 2 ekor betina yang di bawa oleh seorang sukarela, Zek Zamzuri.

Sekiranya ada di antara penduduk Melaka yang berminat untuk adopt kucing-kucing mendiang yang telah dimandulkan secara percuma, hubungi kami di ktaj.adoption@gmail.com. 




Dana yang diberikan adalah hasil sumbangan orang ramai dan jualan amal yang kami anjurkan. Sekiranya anda ingin menderma ke Dana SCRATCH atau memohon Subsidi Pemandulan, sila rujuk polisi dan syarat-syarat permohonan DI SINI, dan emailkan kepada ktaj0311@gmail.com. 




Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/12/subsidi-pemandulan-oktober-2012.html



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.