Medical Subsidy For 2 Cats, Chiehat & Tothi (Asmalinda Hassans)
|
|
|
|
We have subsidised RM40 for these two cases. If Tothi needs further medical treatment, we will help with a subsidy again.
From: As Expert
Date: 2012/7/27
Subject: Chiehat dan Tothi perlukan rawatan
To: Chan Yein <chankahyein@gmail.com>
Dr Chan…
Terima kasih atas bantuan Dr Chan. Seperti dalam perbualan tel saya telah bawa Chiehat ke klinik.
Pada 3/4 hari lepas saya terdengar suara anak kucing mengiau-giau lemah di depan pintu rumah pada pukul 2am. Bila saya buka pintu.. Kelihatan anak kucing yang kurus, kesejukan dan kelaparan… Kesian melihat dia saya ambil dan bagi makan.. Tapi kitten(Chiehat) tak nak makan. Jadi saya suapkan air dan makanan kucing yang dilembutkan..
Malangnya semakin hari semakin teruk.. Saya belikan susu untuk kitten kosnya RM17 setelah ditawar harganya (no resit). Tapi dia semakin lemah..
Manakala Tothi (kitten)pula.. Kelihatan semakin lemah batuk dan selsema. Hingus dah hampir kuning. Saya bawa bersama ke klinik dengan Chiehat sebab takut terjadi seperti Wee, Snowy dan Cheh dulu. Mereka mati selang beberapa hari.. Bila ada kucing sakit habis satu rumah kucing berjangkit.
Bimbang akan keadaannya sebab itu saya telifon Dr Chan. Saya bawa Chiehat dan Tothi ke klinik. Jadi dr vet merawatnya dengan suntikkan dan berikan ubat. Sekarang ini ubat itu saya perlu berikan setiap 2jam kepada Chiehat dan Tothi 2xsehari seperti arahan dr vet. Kos rawatan setelah ditawar RM80.
Dr vet pesan jika dalam 3 hari ada perubahan semakin baik,saya kena bawa lagi Chiehat ke klinik untuk ubat seterusnya.
Bersama ini saya sertakan gambar Chiehat, Tothi dan resit klinik.
Chiehat
Tothi
Updates:
From:As Expert
Date: 2012/8/6
Subject: Tothi dan Chiehat
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>
Hi Dr Chan,
Saya ada berita sedih… Chiehat dah takda lagi… Kenapa Chiehat pergi setelah saya berusaha menjaganya seperti seorang anak. Saya sangat kecewa. Chiehat tidur pun dengan saya, sebab senang perhatikannya.
Saya sentiasa bagi ubat setiap 2jam seperti arahan doktor. kadang2 kalau saya terjaga malam pun bangun bagi Chiehat ubat. Selepas itu saya rasa gembira bila tengok Chiehat nak makan. Saya bagi makanan dalam paket yang lembut untuk kitten. Chiehat betul2 nampak sangat lapar. Saya rasa bersyukur sangat dia nak makan setelah sekian lama tak makan. Tetapi saya bimbang sebab dia tak ‘berak’. 2 hari selepas itu baru dia ‘berak’. Najisnya agak keras tak habis keluar dan punggung nya ada sikit darah. Saya tolong cabutkan najis dipunggungnya. tapi saya tak kisah janji Chiehat semakin sihat lagi pun Chiehat tak ada ibu.
Kegembiraan hanya sekejap, masa saya sedang tidur saya dikejutkan Chiehat dengan suaranya agak lemah. Rupanya Chiehat mengejut saya untuk mengucapkan ucapan terakhir sebelum dia pergi. Masa tu Chiehat kencing dan 2/3 minit selepas itu Chiehat ‘berak’. Chiehat betul2 lemah dan tak mampu berdiri. Saya dah mula gementar. Takut kehilangannya. Saya menangis memujuk Chiehat supaya bertahan untuk ke klinik. Malangnya hanya beberapa minit selepas itu Chiehat mati dipangkuan saya. Saya tanam Chiehat di kawasan berhampiran rumah.
Sekarang ini, Tothi pula masih lagi tak baik2 sakit batuk dan selsema. Hinggusnya dah menjadi kuning. Tothi nampak kurang aktif seperti dulu. Nafasnya seperti tersangkut2 mungkin disebabkan hingus atau kahaknya. Tothi asyik nak tidur saja. saya betul2 bimbang. Ubat doktor baru sahaja habis. tapi masih tak baik lagi. Saya ingat nak bawa Tothi ke klinik sekali lagi. Kucing lain yang bersama saya ada lagi 2-3 ekor macam nak berjangkit dari Tothi. Batuk dan bersin. Perlukah jika saya hantar gambar Tothi sekali lagi jika nak bawa Tothi ke klinik? Mungkin Saya akan bawa bersama yang lain dan saya ambil gambar mereka.
Oh ya Dr Chan, Ingat tak pada Mama Blacky? Mama betul2 sihat dan agak gemuk sikit. Mama sangat manja dengan saya. Kadang2 bila saya bangun tidur rupanya dia ada di atas katil tidur bersama saya. Terima Kasih Dr Chan sebab pernah selamatkan Mama pada masa dulu. Nanti bila ada kesempatan saya hantar gambar Mama.
Sekali lagi Terima kasih Dr Chan.
Source: http://myanimalcare.org/2012/08/06/medical-subsidy-for-2-cats-chiehat-tothi-asmalinda-hassans/
AnimalCare is a registered society that promotes caregiving to street animals and helps in their neutering and medical needs. AnimalCare has a Medical Fund, Food Fund and Education Fund.
More Articles | Pets For Adoption | Website
Facebook Comments