Go

KAY (Putery Nur Syazwanny)

 


Salah seorang Coordinator kami menerima panggilan daripada Wanny pada Isnin petang, 9 Julai 2012 yang lalu.
Coordinator kami telah mencadangkan agar Wanny membawa kucing ini ke klinik haiwan berdekatan. Kucing yang ini akhirnya di masukkan ke klinik haiwan Wangsa Melawati pada hari yang sama. 
Dalam masa yang sama, admin kami menerima wallpost ini di page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook : 
 

Ini pula email yang kami terima dari Putery Nur Syazwanny : 

Isnin, 9 Julai 2012 – 9.37pm

Kucing ni jumpa kat kedai mamak Al Zain kalau x silap nama kedai tu. Kedai tu kat area Ukay Perdana 1. 
Masa tengah makan kat kedai tu ada 2 ekor kucing dtg mintak makan. Memula tu mmg x perasan yg si Kay ( kucing malang tu) kaki dgn perut dia luka. Lepas tgk dia jalan senget2 tu yg saya angkat dia. Tengok2 bukan kaki je patah tapi perut pun luka dan luka tu agak dalam dan berdarah.
 
Tanya owner kedai makan dia ckp kucing tu dah lama duduk situ dan luka tu dah lama. Tp dari pandangan saya luka tu bukan lama tapi baru dlm 1 ke 2 minggu, sama mcm  kaki dia tu. Maybe baru kena. Dr apa doktor kata kaki dia mungkin patah atau ada efek lain. Semua tu boleh tau esok.

Rescue Coordinator telah bergegas ke klinik tersebut pada malam yang sama untuk berbincang dengan vet yang bertugas.

Keesokannya, Team Coordinator kami telah ke sana untuk mengambil keluar kucing yang diberi nama KAY ini. 

Bil KAY sebayak RM120. Deposit RM30 dibayar oleh Syazwanny semasa mendaftar semalam dan selebihnya di bayar oleh Team Coordinator kami. 
Ketika diambil, luka KAY telah dicuci dan dibersihkan. Menurut doktor yang merawat, kemungkinan KAY hanya mengalami masalah saraf yang sudah agak lama sebelum diselamatkan. 
KAY dibawa pulang dan dijaga oleh fosterer kami sementara kami cuba menghubungi Syazwanny agar menguruskan penjagaan KAY sehingga sembuh atau sehingga mendapat adopter baru. Bagaimanapun, Syazwanny gagal menghubungi kami semula. 
Setelah berbincang, kami sepakat agar KAY dijaga sementara oleh fosterer kami sehingga rawatannya selesai dah boleh diserahkan kepada Syazwanny atau penjaga baru. 
 
 



Pada hari Rabu, 10 Julai 2012, KAY di bawa ke Honey Vet Clinic di Bangi untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. 

Ujian Sporo dilakukan ke atas luka tersebut dan keputusannya negatif. Alhamdulillah. 

Bagaimanapun, doktor mendapati ada jangkitan Malessezia dermatitis pada luka yang menyebabkan luka lama ini lambat sembuh dari sepatutnya. 

KAY perlu ditempatkan dalam penjagaan rapi. Sejarahnya sebagai kucing jalanan juga boleh menjadi penyebab jangkitan tersebut. Lukanya perlu dibersihkan dengan Magtox dan skin cream dan dibiarkan tidak berbalut supaya lukanya kering lebih cepat. Sekiranya tiada perubahan yang memberansangkan, ujian FIV dan FeLV akan dijalankan ke atas KAY.

Melihat kepada lukanya, doktor yang merawat percaya yang luka tersebut konsisten dengan luka dikelar, bukan luka terbakar atau melecur. Kemungkinan KAY terjatuh dan tidak sengaja mencederakan dirinya pada bumbung/zink, atau mungkin juga KAY dikelar dengan sengaja.

Untuk kaki belakangnya yang lumpuh, fosterer akan memberikan fisioterapi untuk KAY bersama supplement Neurogen-E.

KAY turut akan menjalani rawatan akupuntur untuk membolehkannya berjalan.
Kami kekurangan dana untuk menampung perubatan KAY. Sekiranya ada pihak yang ingin membantu dalam bentuk sumbangan dana, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com.
Sekiranya ada pihak yang sudi adopt KAY selepas KAY sembuh, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com atau ktaj.adoption@gmail.com. 
Terima kasih.

Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/07/kay-putery-nur-syazwanny.html


 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.