PATCHES Kucing Lumpuh Separa Badan (Alex Kam)
Tweet |
Klik pada imej untuk ke posting asal |
Kucing betina ini lumpuh separuh badan dan rerscuernya meletakkannya di hadapan Klinik Dr Rosli, sebelah CIMB – No. 47, Jalan Pinang B 18/B, Seksyen 18.
Kisahnya di siarkan di Facebook kami pada 24 Jun 2012 yang lalu.
Melihatkan keadaannya, saudari Alex Kam telah bergegas ke sana untuk menyelamatkan kucing betina yang diberi nama sebagai PATCHES ini.
Menurut Doktor yang merawat, PATCHES yang berumur lingkungan 1-2 tahun ini seperti baru sahaja melahirkan anak sebelum atau selepas ia dilanggar. Melihat kepada keadaanya, PATCHES dilanggar kenderaan sama ada kereta atau motorsikal.
Gambar xray menunjukkan tulang belakangnya patah pada bahagian L1 dan L2.
Melihatkan kepada bahagian yang patah tersebut, cederaannya nampak seperti PATCHES telah dilanggar lebih kurang 1-2 minggu sebelum ditemui. Memandangkan kecederaannya sudah agak lama, maka sudah terlewat untuk melakukan pembedahan ke atasnya. Menurut vet, adalah agak berisiko untuk menjalankan pembedahan, maka Alex mengambil keputusan untuk cuba merawat kucing ini dengan cara konservatif seperti rawatan fisio dan akupuntur.
PATCHES tidak dapat mengawal pembuangan najis, maka Alex terpaksa membantunya membuang najis 2-3 kali sehari. PATCHES bergantung kepada Laxapet, Neurobion, dan makanan yang lembut untuk melancarkan pembuangan najis. Belakang badannya terpaksa dibotakkan untuk memastikan kebersihannya.
PATCHES sangat bertuah dipertemukan dengan Alex. Alex bersungguh-sungguh mendapatkan rawatan untuk PATCHES agar ia dapat berjalan semula. Di harap usaha Alex membuah hasil dan PATCHES dapat sembuh dengan segera.
Bil rawatan pertama PATCHES ialah RM375.40.
Alex membiayai 50% kos perubatan PATCHES, dan 50% lagi daripada Dana SCRATCH.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/07/patches-kucing-lumpuh-separa-badan-alex.html
Tweet |
Facebook Comments