SNOW Si Kucing Separa Lumpuh (Hidayah/Hayati)
Tweet |
Hi KTAJ,
Terima kasih kerana sudi bertanya kabar tentang kucing tersebut. Untuk makluman setelah snow diserahkan kepada saya oleh cik Hidayah, saya menjaganya setakat yang termampu. Saya terpaksa mengurung snow didalam cage kerana keadaan kaki belakangnya yang lumpuh dan tidak berupaya menahan pembuangan najis/kencing. Tetapi setiap hari, saya pastikan melepaskan snow bebas di halaman rumah saya (nasib baik saya tinggal dikediaman teres) dan biarkan dia bebas sekurangnya 2 jam sebelum dibawa masuk untuk dimandikan/dicuci.
Terus terang buat masa sekarang saya masih belum mampu untuk membawa snow ke fisio haiwan yang tentunya mahal rawatannya. Yang saya lakukan hanyalah mengurut-urut kaki belakangnya. Kaki belakangnya masih boleh bergerak, cuma dia menggunakan kaki hadapan untuk membawa badannya. Setakat ini snow boleh makan/minum/membuang najis/kencing dengan baik.
Menjaga kucing lumpuh juga sebenarnya memerlukan kesabaran. Saya faham kenapa Hidayah tak mampu untuk menjaga snow dan terpaksa melepaskan kepada sesiapa yg sudi. Saya tergerak hati untuk menjaga snow kerana saya sangat kesian dan faham keadaannya yang mungkin terpaksa mengurung snow didalam cage. Yang saya lakukan sekarang adalah saya letakkan snow didalam cage yang saya alaskan paper, bila2 masa dia poo n pee, saya cepat2 akan tukarkan alas yang baru kerana saya tak sanggup biarkan snow diselubungi najis atau kencing. Cuma kalau saya pergi kerja, terpaksa la snow tahan sabar hingga saya balik untuk menukar alas paper. (Kdg2 bila balik kerja, snow dalam keadaan bersih tapi kadang2 klu makan banyak, maka banyak la beraknya)
Untuk pengetahuan KTAJ juga, saya selalu membaca blog anda. Teruskan usaha KTAJ dalam menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar ini. Saya juga ada membela kucing2 malang yg dikutip ditepi2 jalan dan restoran. (walaupun jumlahnya tidak byk tetapi saya puas dalam menolong haiwan2 comel ini)
Di sini saya sertakan gambar terkini snow. (Anda boleh lihat keadaan kakinya digambar kedua).
Regards,
Hayati Ghazali.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/07/snow-si-kucing-separa-lumpuh.html
Tweet |
Facebook Comments