QUEEN Lumpuh Dan Sarat Mengandung (Cik F / SCRATCH-Er)
Tweet |
Seekor kucing betina tiba-tiba muncul di belakang rumah ibu salah seorang SCRATCH-er, Cik F, pada awal May 2012 yang lalu. Tidak tahu sama ada ia dibuang atau datang sendiri ke kawasan tersebut. Sangat manja, menandakan ianya pernah bertuan. Kucing betina ini dinamakan sebagai QUEEN.
Ketika ditemui, QUEEN telah lumpuh separuh badan dan tidak dapat mengawal pengeluaran najis dan perutnya yang kelihatan semakin membengkak.
Cik F membawa QUEEN ke Klinik Haiwan PD. Menurut Dr Emy, kucing ini ada masalah dengan spinal cord. Perutnya yang membengkak itu kemungkinan bunting memandangkan puting susunya juga membengkak.
Menurut Dr Amy, pembedahan perlu dijalankan segera untuk mengenalpasti bengkak perut kucing ini. Sekiranya bunting, pembedahan untuk membantu kelahiran anak-anak didalam perutnya perlu dijalankan memandangkan QUEEN tidak dapat melahirkan secara normal dalam keadaan sebegitu. Sekiranya bengkak tersebut akibat impacted stool / pengumpulan najis, pembedahan untuk membuang bahagian yang terlibat hanya akan mengundang penderitaan kepada QUEEN dan kemungkinan tiada cara lagi untuk diselamatkan melain QUEEN terpaksa di-PTS (put to sleep).
Queen |
Kami menanti keputusan pembedahan dengan penuh debar dan doa yang tiada henti untuk QUEEN.
ALHAMDULILLAH!
Melalui pembedahan, Dr Emy berjaya mengeluarkan 4 ekor anak kucing dari kandungan QUEEN. QUEEN turut dimandulkan. Impacted stools dikeluarkan dengan bantuan enema. Cuma kecacatannya mungkin kekal memandangkan kecederaan pada tulang belakang dan saraf tunjang.
Melalui pembedahan, Dr Emy berjaya mengeluarkan 4 ekor anak kucing dari kandungan QUEEN. QUEEN turut dimandulkan. Impacted stools dikeluarkan dengan bantuan enema. Cuma kecacatannya mungkin kekal memandangkan kecederaan pada tulang belakang dan saraf tunjang.
Queen dan anak-anaknya |
Dalam keadaan kesakitan, Queen cuba menyusukan anak-anaknya. Namun usia kesemua anak-anak ini tidak lama.
QUEEN masih dipakaikan lampin memandangkan ia masih tidak mampu mengawal pembuangan najis.
Cik F akan terus mendapatkan rawatan untuk membolehkan QUEEN berjalan semula. Terima kasih Cik F, dia atas ketabahan anda. Terima kasih kepada Dr Emy yang merawat. Kos perubatannya hanya RM80 (kos pemandulan kucing jalanan) yang dibiayai oleh Cik F sendiri. Dan selebihnya adalah ihsan dari Dr Emy untuk QUEEN.
Di harap QUEEN dapat sembuh dan berjalan sediakala. InsyAllah. Sama-sama kita berdoa untuk kucing-kucing yang menerima nasib sebegini.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/06/queen-lumpuh-dan-sarat-mengandung-cik-f.html
Tweet |
Facebook Comments