Anjing Liar Ancam Keselamatan Negara
Tweet | ![]() |
Anjing liar ancam keselamatan negara dan bahaya kepada masyarakat.
Bukti video ini dan ribuan kes-kes masalah akibat anjing liar memberi banyangan apakah akan berlaku pada negara dan keselamatan masyarakat seperti kanak-kanak, ibu mengandung, penunggang motosikal dan basikal, pejalan kaki dan orang beriadah jika kaedah TRAP – Neuter – Release (TNR) diamalkan. TNR adalah kaedah mengembalikan masalah keselamatan semula kepada negara dan masyarakat selepas masalah pertama iaitu lambakan tidak selesai.
Kejadian di Taiping Perak ini adalah salah satu ribuan kes serangan anjing liar, kemalangan akibat rempuhan anjing liar dan gigitan anjing liar yang berlaku terhadap masyarakat.
ADAKAH MASYARAKAT BERSEDIA MENEMPUHI HARI GELAP DENGAN PELAKSANAAN TNR AKAN DATANG DI NEGARA INI?
Pelbagai kes serangan anjing liar hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia dan tiada pembelaan akan didedahkan tidak lama lagi jika pencinta anjing liar kekal tiada disiplin. Malah mangsa-mangsa serangan anjing liar ini boleh mengemukakan tuntutan liability kepada kumpulan pencinta anjing liar yang mempertahankan anjing liar dengan menyalahkan mangsa.
Ini adalah tindakan dicadangkan oleh kumpulan hak asasi manusia mangsa serangan anjing yang masyarakat boleh buat untuk kurangkan populasi anjing liar.
✅ Laporkan pada PBT melalui saluran aduan rasmi supaya satu tindakan berdasarkan undang-undang pengurusan anjing liar dapat diambil.
✅ Berhenti bagi anjing liar makan atas dasar sedekah, kebajikan atau perasaan kasih pada haiwan yang tidak kena pada tempat.
✅ Jangan sokong atau bagi derma pada organisasi yang merawat & beri makan anjing terbiar (jika ada) di jalanan. Hanya sokong organisasi yang mengamalkan Trap – Neuter – Shelter – Adopt (TNSA)
✅ Buang sampah dengan sempurna agar anjing terbiar tak ada makanan yang mencukupi. Anjing ni macam tikus, jika tak ada makanan, maka kuranglah populasinya
✅ Jangan bela anjing kalau tak cukup ruang, kalau nak bela pastikan duduk dalam pagar
Sumber Video : Taiping Hari-Hari Hujan
Link : https://www.facebook.com/share/v/18Xi6ve2xW/?mibextid=wwXIfr
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/667305075909..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments