Go

Anjing Serang Budak Kecil Di Pulau Pinang

 



Anjing ganas serang budak kecil di luar rumah pangsa di Tanjong Tokong Pulau Pinang.

Anjing ini dilaporkan berpemilik dan dipelihara dalam rumah pangsa berstatus strata. Ia menyerang kanak-kanak yang berada berhampiran hadapan rumah sendiri secara tiba-tiba.

Memelihara anjing wajib memiliki Lesen Aniing seperti diperuntukkan dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing – Akta Kerajaan Tempatan 1976 mengikut kuasa Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.

Memelihara anjing di rumah kediaman juga perlu secara berdisiplin dan beretika :

1. Memiliki sangkar untuk menempatkan anjing bagi kediaman bergeran. Jika dalam rumah berstatus strata perlu rujuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengenai kebenaran menyimpan anjing dalam petak sendiri mengikut House Rule yang dibenarkan JMB.

2. Jika pemilik mendapat kebenaran JMB untuk pelihara dalam petak persendirian, pastikan anjing tidak dibiarkan berkeliaran. Anjing perlu diikat sewaktu hendak membuka pintu rumah. Sama juga halnya jika kediaman berstatus geran. Rumah anjing perlu disediakan dan anjing perlu ditambat jika membuka pintu pagar.

3. Setiap undang-undang dan peraturan dibuat untuk memastikan sistem keselamatan berjalan baik dan pencegahan masalah daripada berlaku seperti dalam video ini.

4. JMB yang tidak mampu mengawal sikap penduduk dalam menangani isu disiplin dalam memelihara haiwan peliharaan di petak mereka sendiri boleh mendapatkan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan PBT juga mempunyai kuasa dalam kawasan bukan kuasa mereka namun masih dalam kawasan pentadbiran mereka.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/139069011860..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.