Go

Anak-Anak Kucing Ini Menanti Keluarga Baharu. Saba..

 




Anak-anak kucing ini menanti keluarga baharu. Saban minggu banyak ibu kucing dengan anaknya yang diselamatkan dijalanan, diserahkan dan ditempatkan di Galeri Animal Malaysia mengharapkan ada adopter sudi menerima mereka.

Pemilik kucing di rumah tolong mainkan peranan mandulkan kucing-kucing peliharaan anda. Pemilik kedai makan atau restoran yang dikelilingi kucing jalanan boleh mainkan peranan wujudkan empati dengan mengasingkan sedikit keuntungan jualan untuk pemandulan kucing yang datang ke kedai anda. Kaedah ini mampu mengekang pembiakan berterusan yang mengundang lambakan jumlah kucing jalanan.

Bersama ambil bahagian menghentikam kitaran populasi tidak terkawal. Kasihanilah kucing-kucing ini untuk mengelakkan kucing menjadi mangsa kekejaman manusia yang tiada perasaan dan kemalangan diluar kawalan di jalanan.

Sesiapa boleh bantu meminimumkan jumlah anak kucing yang kian bertambah boleh datang ke Galeri Animal Malaysia untuk adopt anak-anak kucing ini.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6272614900544..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.