Sembilan Ekor Kucing Telah Berjaya Mendapat Keluar..
Tweet | ![]() |
8 ekor kucing telah berjaya mendapat keluarga baharu sempena Ossycat – Animal Malaysia Cat Adoption Fiesta 2024 anjuran bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang telah berlangsung dari 21 – 23 Februari 2025.
Animal Malaysia amat berbesar hati dan menghargai kehadiran Yang Dipertua MPHS YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin A.M.S ke lokasi penganjuran. Komitmen ditunjukkan YBrs. YDP MPHS turun padang memastikan perjalanan adoption ini berjalan dengan baik mempamerkan satu semangat menghargai usaha kebajikan haiwan walau dalam keadaan jadual padat beliau. Ia adalah satu penghargaan kepada Animal Malaysia dan dunia kucing jalanan amnya.
Terima kasih kepada venue sponsor KIPMall Desa Coalfields, Sungai Buloh Selangor dan semua pihak terlibat menjayakan sesi adoption dan Hak Kebajikan Haiwan ini. Ianya akan tetap diteruskan dari masa ke semasa mengikut jadual dan beberapa lokasi yang sudi menyokong usaha ini.
Terima kasih juga semua adopter! Semoga kucing-kucing yang diadopt dari Unit Kawalan Haiwan Terbiar Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS dan Galeri Animal Malaysia mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya bersama tuan baharu. Tanggungjawab dan peranan memberikan kehidupan berkualiti dan sempurna buat kucing-kucing ini kini disambung ditangan adopter semua.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #MPHS #majlisperbandaranhuluselangor
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6165674077905..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments