Kolaborasi Antara Wwf-Malaysia Dan Cimb Islamic Ba..
Tweet | ![]() |
Kolaborasi antara WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) mengorak langkah setapak lagi dengan penerbitan Buku Mewah “Permata Negeri Terengganu: Setiu Wetlands” yang dilancarkan secara rasmi pada 10 Februari 2025 yang lalu.
Majlis pelancaran ini yang berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Negeri Terengganu. Keberangkatan baginda turut diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Nadhirah Zahrah.
Pihak WWF-Malaysia diwakili oleh Presidennya, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Henry Chan.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Encik Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Nara Setia, serta tetamu kehormat lain dari kerajaan negeri dan pegawai kanan pelbagai agensi. Majlis ini juga dihadiri oleh rakan-rakan kerjasama daripada institusi akademik dan penyelidikan, badan bukan kerajaan serta wakil-wakil komuniti setempat.
#BukuMewah setebal 51 muka surat ini memaparkan koleksi gambar serta fakta menarik daripada kerja-kerja lapangan dan usaha pemuliharaan WWF-Malaysia bersama masyarakat tempatan dan pelbagai agensi di #SetiuWetlands. Karya ini dihasilkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan alam semula jadi di Setiu Wetlands serta kepentingan usaha pemuliharaannya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada CIMB Islamic atas sokongan dana yang telah memungkinkan pelaksanaan pelbagai inisiatif dalam memacu usaha #konservasi di Setiu Wetlands sejak tahun 2019.
Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan dan pelancaran buku mewah ini. Semoga buku mewah ini berupaya mencetuskan lebih banyak usaha pemuliharaan demi masa depan yang lebih mampan.
Baca liputan penuh mengenai siaran media di pautan https://www.wwf.org.my/?33445/Siaran-Media—Majlis-Pelancaran-Buku-Mewah-Setiu-Wetlandshttps://www.wwf.org.my/Majlis-Pelancaran-Buku-Mewah-Setiu-Wetlands
#wwfmy #MajlisPelancaranBukuMewah #ValuingWetlands #TogetherPossible #WorldWetlandsDay2025 #SetiuWetlands #Terengganu
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/1033381008832..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments