Tewas Dan Hilang Nyawa Akibat Serangan Kumpulan Anjing Liar.
Tweet |
Kes pertama kehilangan nyawa akibat serangan anjing liar tahun 2025.
Tahun 2024 sebabyak 10 kes serangan anjing liar diterima. 2 kehilangan nyawa melibatkan seorang kanak-kanak manakala 8 cedera parah dan ada yang memerlukan major surgery pembuangan daging punggung.
Kita semua kasihkan haiwan termasuk anjing. Namun tidak memberi solusi terhadap disiplin anjing. Tiada latihan terarah untuk anjing yang dilepaskan semula melalui program Trap-Neuter-Release (TNR). Manakala anjing liar tidak ada penanggungjawab yang mahu mengambil risiko kenakalan anjing ini hingga mengancam nyawa.
Kumpulan pejuang hak anjing perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan nyawa manusia, kecederaan parah manusia dan gangguan emosi keluarga akibat kesan serangan anjing begini. Selesaikan masalah risiko ini sebelum melaungkan hak satu pihak.
Keadilan untuk haiwan dan keadilan untuk manusia juga perlu diseimbangkan dan tidak boleh dinafikan. Kematian seekor anjing diperbesarkan tetapi kehilangan nyawa manusia akibat serangan anjing tiada seorang aktivis haiwan tampil bertanggungjawab.
Animal Malaysia konsisten menekankan supaya pencinta haiwan perlu dididik menjadi kumpulan rasional dan berpendidikan tanpa mengikut emosi hingga memudaratkan orang lain. Jika kumpulan ini bertindak tanpa pendidikan akan merosakkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap kumpulan hak asasi haiwan dan ia akan menimbulkan dendam masyarakat yang lebih mendalam terhadap anjing.
Negara ini memerlukan pejuang haiwan yang cerdik !
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/561793990153..
Tweet |
Facebook Comments