Go

Perhatian Kepada Pencinta Perubahan Dunia Haiwan. ..

 




PERHATIAN KEPADA PENCINTA PERUBAHAN DUNIA HAIWAN. SOKONG DAN DAPATKAN SEGERA !

Kita sering dengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai kebajikan dan nasib haiwan dalam taman haiwan atau zoo. Haiwan kurus, haiwan terabai, haiwan tidak selamat dalam kurungan, haiwan terlepas keluar terutama ketika bencana dan musibah, haiwan berisiko lari akibat kemudahan infrastruktur yang tidak rapi serta ancaman terhadap kakitangan zoo atau pengunjung juga sering dipertikai.

Buku ‘A STUDY OF PHYSICAL SECURITY AND SAFETY FOR MALAYSIAN ZOOS ‘ ( ISBN : 9786299530305 ) adalah buku terbitan Persatuan Haiwan Malaysia yang mengupas mengenai keperluan mewajibkan pematuhan polisi keselamatan dan keamanan pengoperasian taman haiwan terhadap pengusaha taman haiwan mematuhi kehendak keselamatan dan kenyamanan zoo untuk manfaat haiwan dalam simpanan, kakitangan taman haiwan serta pengunjung. Dalam cadangan polisi keselamatan zoo ini juga turut dicatatkan beberapa langkah mitigasi apabila berlaku bencana seperti banjir, kebakaran dan musibah lainnya.

Negara ini perlukan satu polisi atau dasar kukuh yang dijadikan satu undang-undang pematuhan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk setiap taman haiwan yang memohon lesen atau memperbaharui lesen pengoperasian taman haiwan atau zoo.

Buku ini karangan Arie Dwi Andika sendiri selaku Presiden Persatuan Haiwan Malaysia merangkap Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia bersama rakan kumpulan penyelidik lain iaitu Ts. Dr. Noor Hayani Abdul Rahim, Pensyarah Kanan Perlindungan dan Keselamatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Puan Ain-Maryam Zolkipli@Zulkifli, Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA.

Beginilah cara Animal Malaysia bersuara. melontarkan pandangan kepada kerajaan melalui saluran yang betul. Buat kajian keperluan dan hasilkan satu outcome berbentuk intelektual dan ilmiah untuk disampaikan kepada pihak kerajaan tentang isu semasa dan masalah yang memerlukan perhatian signifikan dan kewajaran implementasi memandangkan penguasa dan pelaksana yang ada semua adalah manusia yang punya harga diri.

Bantu support usaha Animal Malaysia ini yang memerlukan dana cetakan untuk dihantar ke setiap kementerian, jabatan berkaitan dan perpustakaan awam dan khusus seluruh Malaysia agar dapat dikembangkan menjadi satu ‘Govern Policy’ demi menambahbaik sistem zoo di negara ini dan sebagai rujukan ilmiah buat para mahasiswa dan pelajar.

👉 Dapatkan naskah buku ini melalui pesanan di www.wasap.my/+601171245933

👉 Pesanan online di Publication Animal Malaysia :

https://animalmalaysia.com/publication/

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5959329631873..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.