Bentuk Luka Dan Keadaan Mangsa Serangan Gigitan An..
Tweet |
BENTUK LUKA DAN KEADAAN MANGSA SERANGAN GIGITAN ANJING – SIRI 1
Kebelakangan ini kecoh apabila tersebar foto kematian kucing UM dengan kesan potongan sistematik yang didakwa disebabkan serangan gigitan anjing.
Setiap bulan Animal Malaysia ada menerima menerima laporan kejadian serangan dan gigitan anjing sama ada oleh kumpulan anjing liar atau anjing berpemilik.
Sepanjang tahun 2024 sahaja 10 laporan kes serangan anjing diterima Animal Malaysia melibatkan serangan keatas manusia dan kucing. Ada yang disiarkan di media sosial seperti kecederaan parah seorang lelaki apabila diserang dan digigit anjing di Bukit Gambir Pulau Pinang dan ada yang masih dirahsiakan atas permintaan keluarga mangsa yang melibatkan kanak-kanak cedera parah dan satu kes kematian kanak-kanak berusia 2 tahun 7 bulan di Samporna, Sabah pada 4 November 2024 lalu.
Animal Malaysia akan memaparkan lagi gambar-gambar bahagian luka parah akibat gigitan serangan anjing terhadap beberapa kanak-kanak yang berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini bagi menunjukkan bagaimana luka hasil gigitan serangan anjing.
Dalam gambar ini merupakan keadaan kecederaan kucing yang parah mangsa serangan aniing liar berkumpulan dilaporkan berlaku di Sungai Karang Darat, Kuantan Pahang pada 23 Disember 2024. Beginilah keadaan kucing apabila ditokak dan dilapah oleh anjing dengan gigi yang tajam dan gigitan yang kuat. Anjing tidak pandai melakukan ‘clean cut’ atau potongan butchery menggunakan benda tajam.
Semoga paparan bersiri ini dan seterusnya bakal membantu menunjukkan bagaimana luka yang dialami mangsa serangan gigitan anjing.
#serangananjing #gigitananjing #anjing #dog #bahaya

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=573888098725147&set=..
Tweet |
Facebook Comments