Pada 12 Hingga 13 Disember 2024 Yang Lalu, Wwf-Mal..
Tweet |
Pada 12 hingga 13 Disember 2024 yang lalu, WWF-Malaysia dengan kerjasama pelbagai rakan strategik telah berjaya menganjurkan Bengkel Latihan “Enhancing Municipal Preparedness for Flood Hazards: A Practical Approach”. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan platform perbincangan, perkongsian pendapat dan maklumat mengenai pelbagai aspek berkaitan bencana banjir termasuk persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir serta latihan kaedah ‘town watching’.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari satu malam ini telah disertai oleh 36 peserta yang terdiri daripada wakil pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan universiti di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para peserta secara aktif terlibat dalam perbincangan, perancangan dan penyusunan strategi untuk membangunkan pelan kesiapsiagaan serta pengurusan bencana banjir yang berkesan.
Pelbagai modul diketengahkan melalui sesi penerangan teori, latihan simulasi untuk pemetaan secara maya dan latihan praktikal di lapangan. Modul-modul ini merangkumi ‘Town Watching Mapping’, penyediaan pelan respons banjir, latihan pengumpulan data dan penggunaan aplikasi pemetaan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan tindak balas terhadap #bencanabanjir.
Peserta turut didedahkan kepada topik-topik penting yang disampaikan oleh pembentang berpengalaman dalam bidang mitigasi dan pengurusan bencana, pengurusan sisa pepejal lestari dan pendekatan ‘Nature-based Solutions’ atau penyelesaian berasaskan alam semula jadi untuk menangani cabaran banjir di kawasan perbandaran.
Jutaan penghargaan diucapkan kepada semua pembentang, fasilitator, dan peserta atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang bengkel ini. Semoga maklumat, latihan dan kemahiran yang diperoleh melalui bengkel ini dapat diaplikasikan secara menyeluruh dan berkesan dalam memperkukuhkan daya tahan kawasan perbandaran terhadap kejadian banjir dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan banjir dalam kalangan komuniti, demi kemaslahatan bersama.
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Wetlands International, Malaysia Universiti Malaya
#TogetherPossible #wwfmy #naturebasedsolutions #pengurusansisapepejal #bencanabanjir2024 #valuingwetlands #valuingriver
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/9929425295428..
Tweet |
Facebook Comments