Go

Upacara Menandatangani 'Letter Of Intent' Antara P..

 




Upacara menandatangani ‘Letter of Intent’ antara Persatuan Haiwan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM diadakan semalam sebagai usaha ikatan kerjasama pendidikan haiwan dalam bidang undang-undang haiwan, penyiasatan jenayah haiwan dan penguatkuasaan undang-undang haiwan.

Kerjasama dua hala antara dua organisasi ini akan memainkan peranan dalam memperkasakan pendidikan mencakupi penyelidikan, latihan dan kursus, persidangan, penerbitan bahan ilmiah seperti buku rujukan akademik dan makalah/jurnal serta aktiviti melibatkan haiwan yang akan dilaksanakan bersama oleh Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy di pihak Animal Malaysia dan Fakulti Syariah & Undang-Undang,USIM (FSU) di pihak USIM sendiri.

Ia menepati peranan dan objektif persatuan dan USIM yang melopori serta tonggak dalam Sistem Keadilan Jenayah Haiwan melalui undang-undang, penguatkuasaan dan penyiasatan jenayah haiwan.

Terima kaseh atas kehadiran pihak FSU USIM Majlis Menandatanganu LoI antara Persatuan Haiwan Malaysia dan USIM (10 Disember 2024)

Kehadiran Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah (Dekan) serta Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Madya Dr. Arif Fahmi Md Yusof (Pensyarah), Puan Arhaida Abdul Rahman (Penolong Pendaftar Kanan) dan Puan Siti Nabilah Syuhada Abdullah, Penolong Pendaftar (Penyelidikan dan Inovasi).

Terima kaseh dan semoga usaha ini berhasil memberikan pendidikan haiwan yang profesional, ilmiah dan mapan kepada masyarakat pencinta haiwan.

#usim #animals #animallaw #animalcrime #animalinvestigation #animalrights #animalwelfare #animalforensic #animaljustice

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5641195930353..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.