Ulu Baleh, Lokasi Yang Sangat Mencabar Satu Dalam ..
Tweet |
💪🌊 “Ulu Baleh, lokasi yang sangat mencabar!” Satu dalam seribu pengalaman yang takkan dapat dilupakan oleh pasukan hidupan liar kami dari Program Pemeliharaan Sarawak. Perjalanan ke Ulu Baleh bukan hanya memakan masa yang panjang tetapi penuh dengan cabaran terutamanya ketika mereka dan pemandu bot mengharungi ulu Sungai Baleh tahun lepas.
🌳📸 Misi mereka adalah untuk memasang perangkap kamera di kawasan pedalaman Baleh, yang merupakan sebahagian daripada Jantung Borneo. Usaha ini adalah untuk mengumpul data penting hidupan liar menggunakan perangkap kamera untuk negeri ini.
Walaupun sukar untuk kemudi bot di Ulu Baleh, kerja ini penting untuk memelihara hutan dan hulu sungai yang masih asli untuk manfaat hidupan liar dan manusia. Terima kasih kepada wira-wira alam kami di Sarawak termasuklah pemandu bot dari Rantau Penora, Ulu Baleh.
Layari https://www.wwf.org.my/our_work/sarawak_conservation_programme/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang program pemuliharaan di Sarawak.
Video © Affy Azlizan Senin / Donny Janis / Mohamad Hisyamuddin Nasir / Anderian Alfonso / WWF-Malaysia
#FieldworkLife #WildlifeConservation #Sarawak #Baleh #WWFMY #TogetherPossible #BehindTheScenes #Rainforest #River #HeartOfBorneo #ConservationHeroes #SGHA24 #Throwback
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/videos/110444760126..
Tweet |
Facebook Comments