Pernah Tak Terfikir Bagaimana Keadaan Kerja Lapang..
Tweet |
🌿 Pernah tak terfikir bagaimana keadaan kerja lapangan pasukan pemeliharaan hidupan liar kami ketika berada di kawasan pedalaman di Sarawak? 🤔✨
Bayangkan perjalanan ke tapak tinjauan boleh mengambil masa sehingga dua hari! ✈️🚙🚣♂️🚶♀️ Daripada penerbangan ke perjalanan pacuan empat roda, menaiki perahu dan meredah hutan belantara, ia merupakan pengembaraan yang penuh dengan cabaran fizikal. 💪 Pasukan kami, bersama-sama pembantu lapangan mereka yang berdedikasi, membawa pelbagai barangan penting seperti perangkap kamera, kamera kalis air, peranti GPS, telefon satelit, walkie-talkie dan pakaian serta makanan yang mencukupi untuk bertahan sehingga dua minggu! 🍲☕
Kadang-kadang, mereka tidur di atas lantai hutan. Kerja yang sukar, tetapi setiap usaha berbaloi untuk memelihara hidupan liar Sarawak dan habitatnya. 🐾🌳
Jutaan terima kasih kepada semua individu, rakan kerjasama serta komuniti tempatan yang banyak menyokong dan membantu kerja kami dalam memelihara khazanah alam Sarawak. 🙏🏼🌱
Layari https://www.wwf.org.my/our_work/sarawak_conservation_programme/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang program pemuliharaan di Sarawak.
#FieldworkLife #WildlifeConservation #Sarawak #WWFMY #TogetherPossible #BehindTheScenes #Rainforest #River #ConservationHeroes #Throwback #StarGoldenHeartsAward
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/9679081320462..
Tweet |
Facebook Comments