Mesyuarat Kerjasama Pendidikan, Pensijilan, Penyel..
Tweet |
Mesyuarat Kerjasama Pendidikan, Pensijilan, Penyelidikan dan Penerbitan antara Fakulti Syariah & Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia dengan Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia – USIM sebagai fokus memperkasakan pendidikan undang-undang haiwan untuk jangka panjang.
Hasrat menjadikan ‘legal academic’ dalam Sistem Keadilan Jenayah Haiwan adalah keutamaan Persatuan Haiwan Malaysia memandangkan negara ini memiliki undang-undang haiwan komprehesif tetapi tidak cukup mendidik masyarakat supaya menghormati hak kebajikan haiwan. Peningkatan kes jenayah haiwan menunjukkan bahawa pelaksanaan Penguatkuasaan Undang-Undang Haiwan tidak memberi sebarang ‘Regulatory Impact’ kerana ramai tidak celik Legal Education.
Pendidikan adalah kunci untuk mengubah kemajuan minda rakyat sesebuah negara. Inilah dasar Persatuan Haiwan Malaysia. Semoga kerjasama ini menjadi titik permulaan ke arah Dasar Kebajikan Haiwan melalui Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Penyiasatan Haiwan akan lebih baik.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5216468339492..
Tweet |
Facebook Comments