Program Tahunan Terengganu Setiu Wetlands Camp T-S..
Tweet | ![]() |
Program tahunan ‘Terengganu Setiu Wetlands Camp‘ (T-SWetC) edisi tahun 2024 yang berlangsung di Boardwalk Taman Negeri Setiu Wetlands di bawah tajaan CIMB Islamic Bank selaku rakan korporat, telah melabuhkan tirai pada petang 3 Oktober 2024 🥳🎊
Program anjuran WWF-Malaysia dengan kerjasama Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan sokongan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dan Sahabat Setiu ini telah disertai seramai 40 orang pelajar sekolah menengah dari sekitar negeri #Terengganu.
#TSWetC2024 kali ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan serta minat para pelajar terhadap konservasi tanah bencah melalui aktiviti-aktiviti:
🌱 Pengenalan kepada ekosistem Tanah Bencah Setiu.
🌱 Kepelbagaian spesies flora dan fauna serta keunikan habitat di ekosistem hutan paya laut Tanah Bencah Setiu.
🌱 Aplikasi ilmu sains dan teknologi dalam pemantauan kualiti air.
Tahniah diucapkan kepada semua adik-adik yang terlibat secara aktif dalam program T-SWetC2024 dan semoga menjadi penggerak untuk kesinambungan usaha pemuliharaan #tanahbencah di Setiu!
Jupe mula tahun depang 😉
#TerengganuSetiuWetlandsCamp2024 #ValuingWetlands #SetiuWetlands #BiodiversitidiTerengganu #wwfmy
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/9378551183849..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments