Go

Inilah Keadaan Anjing Diseret Oleh Pemilik Kendera..

 




Inilah keadaan anjing diseret oleh pemilik kenderaan yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. Anjing yang sengsara menanggung cedera parah akibat luka seretan sudah mendapatkan rawatan veterinar oleh penyelamat anjing. Pelaku seorang lelaki India terlepas kerana alasan tidak sengaja.

Bulan lepas pula seekor kucing turut diseret hingga cedera parah dan trauma oleh pemilik kenderaan juga di Pulau Pinang. Pelaku seorang lelaki Cina ini terlepas atas alasan tidak sengaja.

Kes seret haiwan kerap berlaku dan perbuatan tersebut akhirnya diumumkan sebagai kemalangan, kecuaian dan tidak sengaja. Disebabkan alasan yang bodoh pelaku yang biadap dan kurang ajar terlepas begitu sahaja tanpa ada apa-apa pendakwaan oleh mahkamah kerana pendakwaraya mengklasifikasikan sebagai satu kemalangan.

Maka akan berlaku siri demi siri kejadian penderaan atas alasan kemalangan ini yang terlihat seolah-olah penderaan ini sengaja dijadikan dalam bentuk kemalangan. Kerana pelaku yakin pendakwaraya dungu akan memandang dari satu sudut aspek sahaja.

Sepatutnya kecelakaan melibatkan nyawa sebegini walaupun atas alasan tidak perasan, tidak tahu dan tidak sengaja wajar diambil tindakan dan didakwa sebagai perbuatan kecuaian terhadap haiwan bernyawa hingga menyebabkan kecederaan, kesengsaraan atau kematian. Dua akta boleh dirujuk iaitu Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) dan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dalam kes sebegini. Ia demi mendidik masyarakat supaya tidak ambil mudah terhadap kes yang melibatkan nyawa dan kesengsaraan nyawa seperti yang berlaku ini. Pegawai penguatkuasa, penyiasat dan pendakwaraya perlu lebih serius dan tidak berkompromi terhadap kes sebegini yang tidak diketahui niat sebenar pelaku memandangkan kes penderaan beralasan ini sudah menjadi fenomena dan budaya dalam masyarakat.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5131076748031..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.