Go

Sertai Plasticpitchchallenge Dengan Kerjasama Saba..

 


🌍✨ Sertai #PlasticPitchChallenge dengan kerjasama Sabah CSO-SDG Alliance. Mari tangani sisa plastik dan lindungi planet kita—selangkah demi selangkah. Kongsi idea kreatif anda untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam komuniti anda dan seterusnya. Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan. 💪♻️

Sebarang pertanyaan boleh komen di ruangan komen pos Plastic Pitch ini di Facebook Page Sabah CSO-SDG Alliance.



🌍 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗟𝗔𝗦𝗧𝗜𝗖 𝗣𝗜𝗧𝗖𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟰 🌍

Sabahans, adakah anda bersedia untuk cabaran sisa plastik terbesar di negeri kita? Jom sertai ‘Plastic Pitch’ dan buktikan kemampuan kita! Kami menanti penyertaan anda! 🤩

📅 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻: 12 Ogos – 20 Oktober 2024

🏆𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸:
1. 𝑯𝒂𝒅𝒊𝒂𝒉 𝑾𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒖𝒏𝒂𝒊: RM500 untuk setiap 3 kumpulan (maksimum 5 orang dalam satu kumpulan)
2. 𝑳𝒂𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒎𝒃𝒊𝒍 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 (ke Sabah Art Gallery, Upcycle Shack/Happy Plastic Borneo) secara PERCUMA.
3. 𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒊𝒏𝒂𝒑𝒂𝒏 3 hari, 2 malam di Kota Kinabalu secara PERCUMA.
4. Peluang istimewa untuk menghadiri dan membentang idea anda di 𝑺𝒊𝒎𝒑𝒐𝒔𝒊𝒖𝒎 𝑵𝒐 𝑷𝒍𝒂𝒔𝒕𝒊𝒄 𝒊𝒏 𝑵𝒂𝒕𝒖𝒓𝒆, termasuk pengangkutan dan makanan yang ditanggung sepenuhnya!

📜 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶:
𝑳𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒉 1: Ikuti halaman Facebook Sabah CSO-SDG Alliance.
𝑳𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒉 2: Huraikan masalah sisa plastik di komuniti anda dalam 200 – 400 patah perkataan. Kongsikan penyelesaian kreatif anda beserta gambar (maksimum 10 gambar). Penting: Pos anda mestilah ditulis mengikuti Format Pos seperti yang dinyatakan dibawah dalam Bahasa Melayu ataupun English.
𝑳𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒉 3: Muat naik pos anda di halaman Facebook Sabah CSO-SDG Alliance dengan hashtag #NPINSabah.
𝑳𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒉 4: Sebarkan dan kumpul like! Penting: (1) Pengikut anda mestilah mengikuti halaman Sabah CSO-SDG Alliance, (2) galakkan pengikut anda menekan Like pada pos anda, dan (3) pengikut anda mesti tag tiga rakan dalam ruangan komen. Jika ketiga-tiga syarat ini tidak ditepati, like dari pengikut anda tidak akan dikira.
𝑳𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒉 5: Selepas memuatnaik pos sila daftar secara rasmi melalui Google Form ini: https://rb.gy/ukmar3

📜 𝗙𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗼𝘀:
Pos anda haruslah terdiri daripada: (𝟭) Nama Kumpulan, (𝟮) Nama Komuniti/Kampung/Taman/Dll, (𝟯) Masalah (huraikan dalam maksimum 200 patah perkataan), (𝟰) Idea (huraikan dalam maksimum 200 patah perkataan) dan (𝟱) Hashtag.

𝘾𝙤𝙣𝙩𝙤𝙝 𝙋𝙤𝙨:
𝘒𝘶𝘮𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘎𝘢𝘫𝘢𝘩 𝘛𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘒𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘨 𝘛𝘢𝘫𝘢𝘶 𝘓𝘢𝘶𝘵, 𝘒𝘶𝘥𝘢𝘵.
𝘔𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘪𝘴𝘢 𝘱𝘭𝘢𝘴𝘵𝘪𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘶𝘪 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘭𝘢𝘴𝘵𝘪𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘮𝘱𝘢𝘳 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘶𝘵 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘵𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘢𝘪𝘳 𝘴𝘶𝘳𝘶𝘵. 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯…
#𝘕𝘗𝘐𝘕𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩

🎯 𝗞𝗿𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗵𝗮𝗻:
𝑲𝒆𝒋𝒆𝒍𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 (20%): Pastikan masalah sisa plastik yang anda huraikan jelas dan terperinci beserta gambar dan video.
𝑲𝒓𝒆𝒂𝒕𝒊𝒗𝒊𝒕𝒊 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒆𝒔𝒂𝒊𝒂𝒏 (40%): Tampilkan idea yang kreatif dan boleh dilaksanakan.
𝑷𝒐𝒕𝒆𝒏𝒔𝒊 𝑰𝒎𝒑𝒂𝒌 (30%): Jelaskan bagaimana penyelesaian anda boleh memberi kesan besar dalam mengurangkan sisa plastik.
𝑲𝒊𝒓𝒂𝒂𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 (10%): Galakkan pengikut anda untuk menekan Like pada pos anda. Lebih banyak Like, lebih tinggi peluang anda untuk menang! (Pengikut anda mesti mengikuti halaman Sabah CSO-SDG Alliance untuk Like dikira).

📋 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻:
1. Penyertaan mesti dalam kumpulan maksimum 5 orang.
2. Semua peserta mesti berumur 18 tahun ke atas, penduduk Sabah dan berasal dari mana-mana komuniti di Sabah.
3. Setiap kumpulan perlu mengenal pasti masalah sisa plastik yang terjadi dalam komuniti mereka.
4. Kongsikan penyelesaian kreatif dan praktikal untuk masalah tersebut.
5. Poskan penyertaan anda di halaman Facebook Sabah CSO-SDG Alliance beserta gambar (maksimum 10) atau video.

📅 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴:
22-23 Oktober 2024 (Pemenang akan dihubungi).

📌 𝑵𝒐𝒕𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈: Kami berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada pertandingan ini termasuk hadiah dan syarat penyertaan. Sebarang kemusykilan boleh diutarakan pada ruangan komen pos Plastic Pitch ini di Facebook Page Sabah CSO-SDG Alliance atau sila hubungi 𝑬𝒏. 𝑽𝒊𝒄𝒌 melalui WhatsApp di 0111-205 9197. Semoga berjaya! 🚀🌿

#NPINSabah
#sabahcsosdgalliance
#PlasticPitchChallenge2024

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=468828886160513&set=..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.