Operasi Menyelamat Haiwan Milik Gisb Holdings Sdn ..
Tweet |
Operasi menyelamat haiwan milik GISB HOLDINGS SDN BHD dijalankan bersama oleh Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Persatuan Haiwan Malaysia di Laman Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang Selangor.
14 arnab, 3 merak dan 8 kuda termasuk 2 pony horse diselamatkan apabila terbiar selama 3 hari semenjak kawasan berkenaan dikosongkan.
Arnab dan merak kini selamat berada dalam jagaan Shelter Haiwan Galeri Animal Malaysia manakala semua kuda termasuk pony berada dibawah jagaan Unit Berkuda PDRM.
Persatuan Haiwan Malaysia menitikberatkan isu kebajikan dari sudut makan minum dan kebersihan terhadap haiwan berstatus dalam sitaan apabila ada kes melibatkan perundangan.
Badan-badan penguatkuasaan yang membuat keputusan sitaan dan tindakan menutup satu-satu premis juga disarankan memikirkan kaedah selamat terhadap nyawa haiwan yang berada dalam premis diisytihar sita dan tutup dengan menempatkan pegawai-pegawai yang mampu menguruskan kebajikan makan minum haiwan sebelum membuat keputusan muktamad. Lebih praktikal ialah melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi penanggungjawab memelihara haiwan barang kes sehingga selesai urusan penguatkuasaan undang-undang.
Persatuan Haiwan Malaysia bukanlah satu badan penyelamat haiwan individu melainkan haiwan yang diletakkan dalam kategori barang kes.
Arie Dwi Andika (Professor of Practice)
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia
Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia.
22 September 2024 @ Kuala Lumpur
Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-haiwan-di-premis-gisb-rawang-sudah-diselamatkan-488762?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR3v3xEraKbijfZ9JNkFVenY_41O9HJAd_VgEH056grfMosvjjg81AUz_Pg_aem_v0pc1Fc_gvfsO_Eu4M5c6A
Bultein TV3
https://www.buletintv3.my/nasional/26-haiwan-di-premis-gisbh-rawang-telah-diselamatkan/?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR1fqrW7CorytQ3e-Yw9HrXSDjflmxpTvqJrYnKe8WJwvXNer35HNFZTH4s_aem_vMsCO9UGziVzI_3ndKp-Cw#m1cwph1oyenegumhjpc
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5072733720532..
Tweet |
Facebook Comments