Go

Penemuan Bangkai Tuntung Sungai Betina. Baru-Baru ..

 




Penemuan Bangkai Tuntung Sungai Betina💔

Baru-baru ini, terdapat bangkai seekor Tuntung Sungai betina, dianggarkan berumur sekitar 20 tahun, ditemui di tapak pengambilan pasir sungai di Kemaman. Pekerja di sana telah membantu kami untuk mengambil cangkerang dan rangka kura-kura tersebut, termasuk tengkorak dan rahangnya, menggunakan jentera penggali mereka dengan berhati-hati. Kemudian, kami bawa bangkai tersebut ke pusat penetasan kami untuk ditanam.

Situasi sebegini menunjukkan banyak ancaman yang terjadi secara berterusan terhadap spesis Tuntung Sungai ini, termasuklah kehilangan habitat dan aktiviti manusia.

Jika anda menemui tuntung sama ada yang hidup atau yang telah mati, sila hubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), atau hubungi kami di +6011-5417 3577.

🌎 Mari kita sama-sama berusaha untuk melindungi spesies haiwan ini sebelum terlambat.

Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/9101340244882..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.