Go

Kenyataan Media Desakan Tindakan Undang-Undang Ter..

 




KENYATAAN MEDIA DESAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMILIK KUCING TERGANTUNG TERSERET DI SIMPANG AMPAT PULAU PINANG.

A. Seperti dijangka apabila haiwan yang jadi mangsa kesengsaraan akibat perbuatan manusia menjadi viral. Pasti akan ada plot twist alasan oleh pelaku/pemilik untuk melepaskan tanggungan terhadap perbuatan terkait jenayah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

B. Persatuan Haiwan Malaysia gesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar meneruskan siasatan dan mengemukakan kertas siasatan (IP) kes kepada pihak pendakwaan untuk proses perundangan dan demi menegakkan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan di Malaysia sebagai satu pelajaran agar pemilik berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan haiwan bawah tangungjawab mereka.

C. Alasan tidak sengaja dan tidak tahu dalam laporan polis yang dibuat pemilik adalah seperti dijangka oleh Persatuan Haiwan Malaysia sebagai cubaan melepaskan diri daripada kaitan perundangan dan jenayah. Biarkan mahkamah menentukan tahap kes sama ada benar-benar kemalangan atau ada unsur jenayah disengajakan.

D. Kekhuatiran terhadap niat sebenar pemilik terhadap kucing perlu jelas dan alasan kemalangan atau ketidaksengajaan tidak boleh diterima pakai oleh pihak berkuasa dengan mudah.

E. Perlu diingatkan bahawa walaupun alasan tidak sengaja dan alasan kemalangan diberikan dalam laporan polis dibuat pemilik. Beberapa Seksyen dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 ada menetapkan hak haiwan dan tanggungjawab terikat pemilik terhadap haiwan seperti berikut :

SEKSYEN 27 – Pengangkutan haiwan

(1) Seseorang pemunya atau pengendali mana-mana pengangkut hendaklah mempunyai kewajipan untuk menyediakan—

(a) kemudahan yang mencukupi, bersih dan sanitasi; dan

(b) makanan dan air yang cukup,

kepada haiwan yang diangkut dalam pengangkut itu bagi memastikan penghantaran selamat haiwan itu kepada penerima konsainan di tempat konsainan

(2) Tiada seorang pon boleh mengurung atau mengekang dengan kejam haiwan yang diangkut dalam pengangkut di bawah subseksyen (1).

(3) Mana-mana orang yang melanggar Subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.

SEKSYEN 33 – Kegagalan menjalankan penjagaan dan pengawasan yang munasabah

(1) Mana-mana orang yang tidak menjalankan jagaan dan pengawasan yang munasabah yang berhubungan dengan perlindungan haiwan daripada penganiayaan atau kebajikan haiwan, melakukan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini atau mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan kebajikan haiwan mengikut pengertian Akta ini.

(2) Seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atas sebab kecuaian tidak boleh dipenjarakan tanpa

memberikannya pilihan untuk denda.

F. Justeru tiada alasan untuk pemilik kucing Simpang Ampat Pulau Pinang dengan mudah terlepas daripada sebarang inkuiri penyiasatan dan Penguatkuasaan Undang-Undang seterusnya tanggungjawab terhadap kecederaan parah kucing akibat kemalangan kerana kecuaian pemilik. Pihak berkuasa haiwan DVS digesa tidak lemah malah perlu tegas, serius dan memberikan keadilan kepada Kucing Simpang Ampat sejajar dengan peranan DVS sebagai badan keadilan dan kebajikan haiwan.

Arie Dwi Andika

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia

Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia

9 Ogos 2024 @ Kuala Lumpur

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4774948016978..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.