Go

Jom Belajar Mengenai Tuntung. Lawatan Kami Ke Sk M..

 




Jom belajar mengenai tuntung! 🐢🐢🐢

Lawatan kami ke SK Mak Lagam, SK Seri Geliga, dan SK Kemasek merupakan peluang yang baik untuk berkongsi dengan pelajar dan guru tentang kura-kura di Malaysia serta usaha pemuliharaan kami. Tidak seperti tahun lain,beberapa sekolah telah diberi taklimat mengenai kura-kura dan ancamannya manakala sekolah lain telah diberi peluang untuk menyertai Turtle Explorace, di mana pelajar boleh bermain sambil belajar.⚡️

Selain itu, kami juga berjaya mengedarkan kira-kira 400 naskhah buku mewarna Turtles of Malaysia kepada pelajar sepanjang program kami di tiga buah sekolah. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam mengumpul dana untuk 1037 salinan buku mewarna tahun lepas! Kami akan terus mengedarkan buku-buku tersebut sebagai tanda sumbangan anda kepada usaha kami dan kepada para pelajar. 👏🏻👏🏻👏🏻

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru di sekolah kerana mengalu-alukan kedatangan kami, dan kepada Deleum Bhd kerana menaja Turtle Camp di sekolah-sekolah ini.

Kami percaya ramai pelajar mendapat manfaat daripada pengalaman ini. Jika anda inginkan Turtle Camp kami di sekolah anda, sila hubungi kami! 🌊📚

#turtlecamp #turtleawareness #education #educationcamp #turtlesofmalaysia #turtleconservationssociety #educationmatters

Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/8811498840533..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.