Pertanian Adalah Salah Satu Sumber Pengukuhan Ekon..
Tweet |
Pertanian adalah salah satu sumber pengukuhan ekonomi setempat dan perlulah diuruskan dengan lestari demi keharmonian hidupan dan alam. Oleh itu, WWF-Malaysia (melalui Projek Air Tawar Setiu Wetlands) telah bekerjasama dengan Pejabat Daerah Setiu untuk melaksanakan Bengkel Tani Lestari 2024 pada 6 Jun 2024. Bengkel ini bertepatan dengan pengisytiharan daerah Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu (GPMT). Bengkel satu hari ini telah dirasmikan oleh YB Dr Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu.
Beberapa agensi lain selaku rakan strategik telah turut terlibat menjayakan bengkel ini yang terdiri daripada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Pejabat Pertanian Setiu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, UniSZA. Bengkel ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 35 orang peserta daripada agensi-agensi berkaitan dan para pengusaha tani di daerah Setiu.
Sebagai pendekatan holistik, bengkel ini mengetengahkan empat tema penting iaitu pengurusan tanah dan pertanian lestari; pengurusan kewangan dan dana; alam sekitar serta sekuriti makanan dan kemampanan ekonomi.
Dapatan daripada bengkel ini telah memberi input untuk penambahbaikan serta pengukuhan dalam penyelarasan dan pelaksanaan pertanian lestari di daerah Setiu khususnya dan di negeri Terengganu amnya.
#PertanianLestari #ForWetlands #SustainableAgriculture #SesohorSetiu #GPMT #MyGAP #wwfmy
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/8570886664615..
Tweet |
Facebook Comments