Go

Baru-Baru Ini, Kami Dijemput Untuk Melawat Pusat P..

 




Baru-baru ini, kami dijemput untuk melawat Pusat Pemuliharaan Labi-Labi di Kg. Gol, Jerantut. Projek ini adalah usaha bersama komuniti Kg. Gol Benus Bird Camp dan Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA , dan ditaja oleh Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Lawatan ini bertujuan untuk pertukaran ilmu dan pengalaman dalam memulihara tuntung dan labi air tawar di Malaysia.

Labi-labi Bintang (Chitra chitra) dan Labi Besar (Pelochelys cantorii) merupakan dua spesies yang sangat terancam di Malaysia, dan dilindungi sepenuhnya di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Jika tidak diselamatkan, kemungkinan dua spesies ini bakal pupus dalam masa yang terdekat. Tuntung Sungai (Batagur affinis) juga bakal menerima nasib yang sama seperti mereka.

Hadir juga wakil daripada ibu pejabat Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Geng Tuntung Kg. Pasir Gajah bagi membincangkan penambahbaikan dan cadangan bagi memastikan kenaikan populasi labi-labi melalui konservasi komuniti setempat.

Terima kasih atas jemputan ini, semoga dengan terjalinnya persahabatan ini dapat kita meningkatkan usaha pemuliharaan untuk mendapat impak yang lebih positif di masa hadapan.

#terrapinconservation #softshellturtle #riverterrapin #nctf #nres #uitmshahalam #tcsmalaysia #turtlesofmalaysia

Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/8405267547823..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.