Go

Minggu Lepas, Sebuah Bengkel Libat Urus Bersama Ja..

 




Minggu lepas, sebuah Bengkel Libat Urus bersama Jabatan PERHILITAN berhubung Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Tuntung Sungai di Malaysia telah berjaya diadakan 🌟

Bengkel ini adalah siri ketiga berikut sambungan daripada dua siri yang telah diadakan pada tahun 2022. Peserta-peserta bengkel termasuklah wakil-wakil daripada HQ Perhilitan, Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan, Bukit Pinang dan Kuala Berang, dan team TCS.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Pazil Bin Abdul Patah, Pengarah Bahagian Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN dan kesemua peserta kerana menyertai serta menyumbangkan idea dan cadangan dalam usaha menyelamatkan tuntung sungai.

Semoga hasil perbincangan dari bengkel ini dan juga berkat kerjasama dari semua pihak yang berkepentingan akan memanfaatkan populasi tuntung sungai yang semakin berkurangan di negara ini.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

#jabatanperhilitan #selamatkantuntungsungai #turtleconservationsociety

Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/8350828019934..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.